--

--

Thursday, 26 November 2009

Rahmat Ujian Tanda Kasih Allah

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,
"Bukankah Subuh itu sudah tiba."
Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).
Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,
"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)
Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

from: iLuvislam.com

Sunday, 22 November 2009

Masalah Oh Masalah..

Sejak kebelakangan ni banyak musibah menimpa aku. Itu salah satu ujian Allah. Masalah dunia, masyarakat, org2 kampung, org2 taman, keluarga dan diri sendiri. Nama pun manusia jadi takkan terlepaslah kita dari sebarang masalah. Betul tak makcik cakap ni?

Kadang2 masalah yang kita hadapi perlu dikongsi dengan teman yang rapat. Maksud teman rapat disini ialah orang yang dapat meringankan masalah kita disamping berdoa kepada Allah s.w.t. tak kiralah ayah ke, mak ke, adik ke, kakak ke, abang ke, nenek ke atau sesiapa pun. Ada segelintir individu lebih suka diamkan diri dari kongsi masalah kononnya taknak menyusahkan orang sekeliling. Tak dinafikan juga bukan semua masalah tu kita patut kongsi dengan teman. Kalau datang aib kepada diri sendiri atau orang lain tak payah la susah2 cerita masalah tu.

Nak berhujah panjang lebar pun tak reti dah. Sebab si penulis ni pun dibelenggu oleh masalah dan tak suka kongsi dengan orang. Cukuplah sekadar memaparkan sedikit kiasan dlm post kali ni. Dunia bagaikan huru-hara tatkala masalah membelenggu manusia. Renung2kan..

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

Friday, 20 November 2009

"InsyaALLAH!"

Sebelum Hijrah, Ubay bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan lagak sombongnya: "Aku membela seekor kuda yang kuberi cukup makan. Aku akan membunuhmu pada suatu hari dengan memacunya!"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "InsyaAllah! Kamu akan mati dengan tanganku!" Semasa berlakunya Perang Uhud, Ubay bin Khalaf berkeliaran di medan perang mencari Rasulullah sambil berteriak: "Kalau Muhammad tidak dibunuh hari ini aku tidak berpeluang hidup!"

Akhirnya setelah puas mencari, Ubay bin Khalaf bertembung dengan pasukan Rasulullah dan cuba untuk menyerang baginda.

Para sahabat memutuskan hendak menamatkan riwayat Ubay bin Khalaf terlebih dulu sebelum sampai kepada Rasulullah. Tapi, baginda melarang sahabatnya membunuh orang yang memusuhi baginda.

Ubay bin Khalaf yang sedang menunggang kuda cuba mendekati baginda tetapi ketika itulah Rasulullah mengambil sebatang lembing daripada salah seorang sahabat lantas merejamnya.

Rejaman lembing baginda terkena sipi leher Ubay bin Khalaf. Lelaki itu terhuyung-hayang lalu terjatuh dari kudanya. Selepas terjatuh, Ubay bin Khalaf lantas lari termengah-mengah menuju ke khemahnya sambil berteriak seperti seekor lembu jantan.

Rakan-rakannya cuba menenangkan Ubay bin Khalaf yang sedang gementar dan pucat. Setelah diperiksa, lehernya sekadar melecet sedikit sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kecederaan yang dialami tidak parah.

Abu Suffian menempelak Ubay bin Khalaf yang menangis dan meraung tidak ubah seperti perangai kanak-kanak. Tapi, kata-kata Abu Suffian itu disanggah Ubay bin Khalaf.

"Engkau tahu tak, siapa yang telah melukakan aku? Tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad. Demi al-Lat dan al-Uzza! Kalau derita ku ini tertimpa ke atas semua orang Hijaz, tidak seorang pun akan hidup..."

Wajah Ubay bin Khalaf bertambah pucat dan berasa amat takut apabila teringatkan kata-kata Muhammad kepadanya di Mekah dulu. Ubay bin Khalaf yakin bahawa dia akan mati di tangan baginda.

"Andai kata Muhammad meludahi aku, nescaya habislah aku..." beritahu Ubay bin Khalaf.

Ubay bin Khalaf meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah akibat menderita melecet sedikit di leher kerana terkena rejaman lembing Rasulullah.

Thursday, 19 November 2009

MABRUK!

Salam selamat malam..huh bumi Malaysia pada hari ini telah menjadi huru-hara, kelam-kabut, kalut dan sebagainyalah gara-gara 1 peristiwa yang telah lama dinantikan menjelma juga akhirnya.

Seramai 500 000 lebih calon peperiksaan UPSR 2009 telah mendapat 'ganjaran' mereka pada hari ini. Ada yang sedih, ada yang suka, ada yang duka, ada yang ketawa..(ade ke?)hahah dan mcm2 ragam manusialah hari ni..Ana pun fenin lalat lah..pape pun SYABAS&TAHNIAH berjela-jela diucapkan kepada semua calon yang berjaya score straight A's..Congrats!Congrats!..

Sedikit nasihat dari kakak yang berpengalaman ni,

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan resah, gelisah, kecewa, merana, meraung dengan hasil yang adik2 dapat na..UPSR ni baru 1 permulaan untuk adik2 semua sentiasa peka dan bertanggungjawab pada diri sendiri. Jangan lalai!..Lepas ni adik2 semua akan lalui satu kehidupan yang baru yang lebih susah dan mencabar dari apa yang adik2 alami sekarang.

Kepada yang berjaya pula, jangan lupa diri. Tak bermakna 5A UPSR, adik2 semua ni DIJAMIN dapat masuk universiti lepas SPM nanti. Sebab nak masuk U, we are NOT depends on your UPSR result. So, don't be 100% satisfied with what you've reached now.

Result UPSR ni hanya laku untuk layakkan diri ke MRSM @ SBP..

Anyway, mabruk lagi sekali kepada semua calon UPSR. For another stage, bittaufiq wannajah.

Oh ya, lupa pulak..kepada adik2 beragama Islam, sujud syukur jangan lupa ya. Kejayaan ni bukan datang dari diri sendiri tapi dari Allah Azza wajalla.

Sekian, wassalam.

warm regards..

Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog nih sebab tak tau nak tulis pa daa..Jenuh gak pikiaq..Tak dapat2 ilham lagi pun..huhu..

Nak cerita skit nih. Tau dak aku tak lama dah kat....bukan kat dunia tapi kat rumah heheh..gurau jea..emm pasni aku sambung study lol takkan nak nganga ja kat rumah kan..kengkwn yang lain dah belajaq mana hala dah..aku kat rumah lagi..dah dekat setahun tuh..huih lama na..

ALHAMDULILLAH berkat kesabaran aku dan doa yang tak putus2 kpd Rabb, akhirnya aku dapat jugak kolej yang INSYAALLAH akan menjamin masa depan aku. Bukan senang tau zaman sekarang nih nak berjaya. Apa yang penting??bukan kerjasama tapi usaha+sabar+doa+tawakkal.

Masa depan bukanlah suatu perkara yang main2. Kita kena bijak dalam menentukan masa depan sebab sekarang ni belajar kat mana tuh tak penting asalkan habis belajar nanti terus dapat job. Tak semestinya belajar kat luar negara dapat menjamin masa depan dan tak semestinya juga belajar dalam negara dapat menjamin masa depan. Jadi kalau nak sambung belajar tu, fikir-fikirkan betul2 ya..fikir masak2..pastikan yang kita pilih tu ada job untuk sara hidup nih takkan la nak harap ibu bapa ja tanggung betui dak?

Saidina Ali pernah berkata : "Barangsiapa yang lambat berusaha maka keturunannya tidak akan maju"

Faham tak maksud kata2 beliau tu?kalau tak faham tanya na..

Oklah nak cerita sikit pasal kata2 Saidina Ali tadi. Semalam dengar kat radio ustaz explained, kalau kita dari keturunan yang kaya raya atau dalam erti lain golongan bangsawan, mak ayah
CEO ka,PM ka, Sultan ka, dan sekutu dengannya sebagai anak kita tak boleh nak hidup senang lenang atas harta ibu bapa 100%. Kot mana pun kita harus cari usaha sendiri, kerja dari hasil sendiri jangan mengharapkan kesenangan dari orang lain. Allah dah bagi sihat tubuh badan dan banyak lagi kemudahan(nikmat) so, kenapa kita perlu malas?Kemudahan atau nikmat Allah tu lah kita perlu gunakan sebaiknya di jalan yang membawa kebaikan serta keberkatan. Hidup ni untuk semata2 untuk mencari keredhaan Allah bukannya manusia jadi lakukanlah perkara yang mendatangkan keredhaan-Nya dan jangan kita lalai. Letakkanlah dunia ni ditangan kita tapi bukan dihati..tau! So latihlah diri kita sekarang dengan satu usaha yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Usaha itu tak ubah seperti wang yang dapat membeli apa yang kita inginkan. Sebabnya jika kita tidak ada wang, jadi bagaimana kita nak beli sesuatu keperluan betul tak?takkan nak mencuri? Ketahuilah "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".

Daripada crita jadi tazkirah la pulak..ngee~..stop kat sini dulu na..nanti jumpa lagi INSYAALLAH..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Janganlah kamu mengharapkan sesuatu yang berada dalam kekuasaan manusia"

sekian..wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Tuesday, 20 October 2009

Perbualan Lembu dan Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

NJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)

rujukan : www.iluvislam.com

Friday, 9 October 2009

Ratu Syahadah - In-team

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Layar Keinsafan - Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar

Monday, 5 October 2009

Review : Be A Happiest Woman


Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM 16.50

Anda pernah dengar buku best seller yang bertajuk "Jangan Bersedih"? Jika pernah, ini adalah buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Judul yang terbaru ini ialah Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia ( Be A Happiest Woman).

Sesuai untuk insan yang bergelar muslimah supaya lebih yakin dengan keupayaan diri masing-masing dan menjadi wanita yang bijak dan bahagia. Khas buat wanita insan istimewa. Boleh dapatkan dimana-mana kedai buku berhampiran anda.

Percuma juga sebuah buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni".

"Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman), dan sebagainya.

Sebaik saja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi segala perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita, dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?"

ulasan penulis.

Sekian, wassalam.

Tuesday, 29 September 2009

Puisi Ketika Cinta Bertasbih




Cinta adalah kekuatan

yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah cinta.


Sekalipun cinta telah ku uraikan,

Dan kujelaskan panjang lebar,

Namun jika cinta kudatangi,

aku jadi malu

pada keteranganku sendiri.


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

Namun tanpa lidah, ternyata cinta lebih terang,

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.

Kata-kata pecah berkeping-keping,

Begitu sampai kepada cinta..


Dalam menguraikan cinta,

Akal terbaring tak berdaya,

Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,

Cinta sendirilah yang menerangkan,

Cinta dan percintaan...

Review: Warkah Cinta Berbau Syurga


Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.50

Sinopsis:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Monday, 28 September 2009

Review : Aisyah Keanggunan Sejati



Judul Buku : Aisyah Ummul Mukminin
Keanggunan Sejati

Penulis : Sulaiman An-Nadawi

Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd.

Harga : RM 23.90


Ulasan :

Mengisahkan asam garam kehidupan mewarnai seluruh perjalanan hidup anak kesayangan Abu Bakar ini. Di usia mudanya, beliau sudah difitnah oleh orang munafik. Kehidupan yang sederhana sebagai isteri yang paling dicintai Rasulullah s.a.w serta kehidupan berpoligami dapat dijadikan panduan kepada masyarakat masa kini dalam perihal rumah tangga dan juga hidup berpoligami yang sering disalah tafsir oleh kebanyakan wanita masa kini.

Review : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga : RM 12.00


Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Sesuai untuk para pembaca yang menginginkan cinta berlandaskan Islam.

"Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik"

rujukan: http://taman-buku.blogspot.com/

Sunday, 27 September 2009

Bacalah..Sebutlah..Hafallah

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat serta akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.Bismillah hirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laa ilaa haillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya,amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tahukah anda?

Dimanakah letaknya kesabaran itu??

Kesabaran itu terletak apabila seseorang itu didalam kerunsingan menyelesaikan masalah.

Jadi bersabarlah ketika menyelesaikan masalah kerana tidak ada seorang pun dalam dunia ini akan lari dari masalah dan dugaan Allah s.w.t

Jika Aku

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu

Amiinn..

Semoga cinta yang dicari telah ditemui…Semoga Allah meletakkan kita di bawah paying rahmat kasihNya..InsyaAllah.

Kesatlah Air matamu wahai wanita

Wanita adalah penyeri dunia tanpa mereka sunyilah dunia ini, tiada lagi penyambung generasi serta bosanlah hidup kaum adam. Sedangkan Nabi Adam a.s juga sunyi tanpa Hawa, inikan pula manusia biasa seperti kita. Begitu besar sekali impaknya jika wanita tidak wujud di dunia ini. Wanita sangat terkenal dengan sifat lemah lembut dan terkadang mereka ini kaum yang sangat lemah jika ditindas.

Wanita diciptakan dari rusuk lelaki yang bengkok dan harus 'diluruskan' oleh orang yang sepatutnya meluruskan. Ini adalah untuk membentuk keperibadian seorang wanita yang tidak baik kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik. Mereka sebenarnya tidak perlu di sanjung tinggi apatah lagi jika ditindas. Tempatkanlah mereka di hati yang halal bagi lelaki untuk sentiasa dikasihi kerana itulah sebenarnya yang diperlukan oleh seorang wanita. Mereka juga perlukan pemimpin untuk memimpin mereka dalam mencari dan mencapai keredhaan Ilahi. Mereka ini ibarat musafir di tengah-tengah padang pasir yang memerlukan arah sebenar untuk ke destinasi yang kekal abadi. Jika ada yang menunjukkan arah jalan, akan tetapi tidak semuanya benar belaka. Ada yang sengaja ingin memesongkan lagi arah mereka. Tidak ada belas kasihankah terhadap kaum wanita ini?

Disebabkan hati yang terlalu lembut, terkadang mereka ini merintih kesedihan,ketakutan atas sikap manusia yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya. Doa untuk memohon perlindungan dari yang Maha Kuasa tidak pernah lekang di bibir. Sentiasa sahaja bertasbih dan memohon pertolongan Allah s.w.t. Subhanallah! begitu cekal sekali hati seorang wanita. Dalam kelembutan hati, terselit kekuatan untuk mengharungi ujian dunia yang diturunkan Allah tanpa henti.

Bersabarlah wahai wanita, sesungguhnya beruntunglah kalian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri dan mulia di sisi Allah s.w.t. Terdapat 50 keistimewaan wanita yang perlu kita ketahui antaranya ialah:

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


Lihatlah, bagaimana istimewanya menjadi seorang wanita. Jadi bagaimana para wanita sekalian? Tidakkah anda berasa untung dengan nikmat yang dikurniakan ini? Dan bagaimana pula kaum adam? Adakah anda sudah mempunyai keinsafan dalam diri untuk menghargai kaum hawa ini? Fikirkanlah dan renungkanlah.

Wahai kaum wanita sekalian, kesatlah air mata anda. Janganlah anda bersedih, takut atau gelisah dengan semua ini kerana Allah sentiasa bersama-sama anda. Berdoalah kepadaNya, insyaAllah doa itu akan dimakbulkan.

Akhir sekali, saya sebagai seorang wanita sangat mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Kali pertama saya membaca 50 keistimewaan ini, saya merasakan begitu untung sekali menjadi seorang wanita. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang lain juga begitu. Kepada anak-anak, hargailah ibu anda dan kepada suami, hargailah isteri anda.

sekian, wassalam.

Mencari Kasih

Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad s.a.w . Lelaki itu ingin mendapatkan bimbingan daripada baginda.

"Tuan, tunjukkan jalan yang membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi diri saya," kata lelaki itu.

Nabi Muhammad s.a.w menyambut permintaan lelaki itu dengan mesra. "Saudara, janganlah saudara kasih kepada dunia ini, nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. Dan jangan saudara tamak akan harta orang lain, nanti orang pasti kasih kepada saudara."



Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidak sempurna iman seorang muslim itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri

Followers

Listen and Feel it :)