--

--

Tuesday, 29 September 2009

Puisi Ketika Cinta Bertasbih

video


Cinta adalah kekuatan

yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,

mengubah sedih jadi riang,

mengubah amarah jadi ramah,

mengubah musibah jadi muhibbah,

itulah cinta.


Sekalipun cinta telah ku uraikan,

Dan kujelaskan panjang lebar,

Namun jika cinta kudatangi,

aku jadi malu

pada keteranganku sendiri.


Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

Namun tanpa lidah, ternyata cinta lebih terang,

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.

Kata-kata pecah berkeping-keping,

Begitu sampai kepada cinta..


Dalam menguraikan cinta,

Akal terbaring tak berdaya,

Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,

Cinta sendirilah yang menerangkan,

Cinta dan percintaan...

Review: Warkah Cinta Berbau Syurga


Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM 23.50

Sinopsis:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

Monday, 28 September 2009

Review : Aisyah Keanggunan Sejati



Judul Buku : Aisyah Ummul Mukminin
Keanggunan Sejati

Penulis : Sulaiman An-Nadawi

Terbitan : PTS Millennia Sdn. Bhd.

Harga : RM 23.90


Ulasan :

Mengisahkan asam garam kehidupan mewarnai seluruh perjalanan hidup anak kesayangan Abu Bakar ini. Di usia mudanya, beliau sudah difitnah oleh orang munafik. Kehidupan yang sederhana sebagai isteri yang paling dicintai Rasulullah s.a.w serta kehidupan berpoligami dapat dijadikan panduan kepada masyarakat masa kini dalam perihal rumah tangga dan juga hidup berpoligami yang sering disalah tafsir oleh kebanyakan wanita masa kini.

Review : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga : RM 12.00


Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

Sesuai untuk para pembaca yang menginginkan cinta berlandaskan Islam.

"Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik"

rujukan: http://taman-buku.blogspot.com/

Sunday, 27 September 2009

Bacalah..Sebutlah..Hafallah

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat serta akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.Bismillah hirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laa ilaa haillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya,amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tahukah anda?

Dimanakah letaknya kesabaran itu??

Kesabaran itu terletak apabila seseorang itu didalam kerunsingan menyelesaikan masalah.

Jadi bersabarlah ketika menyelesaikan masalah kerana tidak ada seorang pun dalam dunia ini akan lari dari masalah dan dugaan Allah s.w.t

Jika Aku

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu

Amiinn..

Semoga cinta yang dicari telah ditemui…Semoga Allah meletakkan kita di bawah paying rahmat kasihNya..InsyaAllah.

Kesatlah Air matamu wahai wanita

Wanita adalah penyeri dunia tanpa mereka sunyilah dunia ini, tiada lagi penyambung generasi serta bosanlah hidup kaum adam. Sedangkan Nabi Adam a.s juga sunyi tanpa Hawa, inikan pula manusia biasa seperti kita. Begitu besar sekali impaknya jika wanita tidak wujud di dunia ini. Wanita sangat terkenal dengan sifat lemah lembut dan terkadang mereka ini kaum yang sangat lemah jika ditindas.

Wanita diciptakan dari rusuk lelaki yang bengkok dan harus 'diluruskan' oleh orang yang sepatutnya meluruskan. Ini adalah untuk membentuk keperibadian seorang wanita yang tidak baik kepada baik, yang baik kepada yang lebih baik. Mereka sebenarnya tidak perlu di sanjung tinggi apatah lagi jika ditindas. Tempatkanlah mereka di hati yang halal bagi lelaki untuk sentiasa dikasihi kerana itulah sebenarnya yang diperlukan oleh seorang wanita. Mereka juga perlukan pemimpin untuk memimpin mereka dalam mencari dan mencapai keredhaan Ilahi. Mereka ini ibarat musafir di tengah-tengah padang pasir yang memerlukan arah sebenar untuk ke destinasi yang kekal abadi. Jika ada yang menunjukkan arah jalan, akan tetapi tidak semuanya benar belaka. Ada yang sengaja ingin memesongkan lagi arah mereka. Tidak ada belas kasihankah terhadap kaum wanita ini?

Disebabkan hati yang terlalu lembut, terkadang mereka ini merintih kesedihan,ketakutan atas sikap manusia yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya. Doa untuk memohon perlindungan dari yang Maha Kuasa tidak pernah lekang di bibir. Sentiasa sahaja bertasbih dan memohon pertolongan Allah s.w.t. Subhanallah! begitu cekal sekali hati seorang wanita. Dalam kelembutan hati, terselit kekuatan untuk mengharungi ujian dunia yang diturunkan Allah tanpa henti.

Bersabarlah wahai wanita, sesungguhnya beruntunglah kalian kerana mempunyai keistimewaan tersendiri dan mulia di sisi Allah s.w.t. Terdapat 50 keistimewaan wanita yang perlu kita ketahui antaranya ialah:

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda, "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."


Lihatlah, bagaimana istimewanya menjadi seorang wanita. Jadi bagaimana para wanita sekalian? Tidakkah anda berasa untung dengan nikmat yang dikurniakan ini? Dan bagaimana pula kaum adam? Adakah anda sudah mempunyai keinsafan dalam diri untuk menghargai kaum hawa ini? Fikirkanlah dan renungkanlah.

Wahai kaum wanita sekalian, kesatlah air mata anda. Janganlah anda bersedih, takut atau gelisah dengan semua ini kerana Allah sentiasa bersama-sama anda. Berdoalah kepadaNya, insyaAllah doa itu akan dimakbulkan.

Akhir sekali, saya sebagai seorang wanita sangat mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Kali pertama saya membaca 50 keistimewaan ini, saya merasakan begitu untung sekali menjadi seorang wanita. Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang lain juga begitu. Kepada anak-anak, hargailah ibu anda dan kepada suami, hargailah isteri anda.

sekian, wassalam.

Mencari Kasih

Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Nabi Muhammad s.a.w . Lelaki itu ingin mendapatkan bimbingan daripada baginda.

"Tuan, tunjukkan jalan yang membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi diri saya," kata lelaki itu.

Nabi Muhammad s.a.w menyambut permintaan lelaki itu dengan mesra. "Saudara, janganlah saudara kasih kepada dunia ini, nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. Dan jangan saudara tamak akan harta orang lain, nanti orang pasti kasih kepada saudara."



Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tidak sempurna iman seorang muslim itu sekiranya dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri

Followers

Listen and Feel it :)