--

--

Monday, 5 October 2009

Review : Be A Happiest Woman


Penulis: Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM 16.50

Anda pernah dengar buku best seller yang bertajuk "Jangan Bersedih"? Jika pernah, ini adalah buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni. Judul yang terbaru ini ialah Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia ( Be A Happiest Woman).

Sesuai untuk insan yang bergelar muslimah supaya lebih yakin dengan keupayaan diri masing-masing dan menjadi wanita yang bijak dan bahagia. Khas buat wanita insan istimewa. Boleh dapatkan dimana-mana kedai buku berhampiran anda.

Percuma juga sebuah buku "Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni".

"Buku ini saya umpamakan sebagai almari yang penuh perhiasan supaya anda dapat memperelok diri dengannya. Di dalamnya ada semburan keindahan, kilauan kecantikan, cahaya kebenaran, yang melebihi kilatan emas dan perak yang dikilatkan.

Manakala bab-bab di dalamnya sengaja saya namakan dengan nama-nama perhiasan yang digemari kaum wanita, antara lain seperti ketulan emas (saba'ik), kalung ('uqud), zamrud (fara'id), permata (juman), dan sebagainya.

Sebaik saja buku ini anda miliki, anda tidak perlu lagi segala perhiasan dunia, perhiasan yang tanpa makna, penampilan palsu, semburan murahan. Bersoleklah dengan perhiasan ini, kenakanlah di atas panggung kehidupan, berhiaslah dalam pesta-pesta dunia, pada perayaan-perayaan bahagia, pada musim sukacita, dan malam-malam yang semarak, supaya anda menjadi wanita yang paling sesuai dengan cita-cita anda sendiri.

Jika anda merasa telah mencapai apa yang anda cita-citakan, janganlah terus berpuas hati sebelum anda benar-benar telah mencecah bintang.

Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?"

ulasan penulis.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)