--

--

Friday, 20 November 2009

"InsyaALLAH!"

Sebelum Hijrah, Ubay bin Khalaf pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan lagak sombongnya: "Aku membela seekor kuda yang kuberi cukup makan. Aku akan membunuhmu pada suatu hari dengan memacunya!"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "InsyaAllah! Kamu akan mati dengan tanganku!" Semasa berlakunya Perang Uhud, Ubay bin Khalaf berkeliaran di medan perang mencari Rasulullah sambil berteriak: "Kalau Muhammad tidak dibunuh hari ini aku tidak berpeluang hidup!"

Akhirnya setelah puas mencari, Ubay bin Khalaf bertembung dengan pasukan Rasulullah dan cuba untuk menyerang baginda.

Para sahabat memutuskan hendak menamatkan riwayat Ubay bin Khalaf terlebih dulu sebelum sampai kepada Rasulullah. Tapi, baginda melarang sahabatnya membunuh orang yang memusuhi baginda.

Ubay bin Khalaf yang sedang menunggang kuda cuba mendekati baginda tetapi ketika itulah Rasulullah mengambil sebatang lembing daripada salah seorang sahabat lantas merejamnya.

Rejaman lembing baginda terkena sipi leher Ubay bin Khalaf. Lelaki itu terhuyung-hayang lalu terjatuh dari kudanya. Selepas terjatuh, Ubay bin Khalaf lantas lari termengah-mengah menuju ke khemahnya sambil berteriak seperti seekor lembu jantan.

Rakan-rakannya cuba menenangkan Ubay bin Khalaf yang sedang gementar dan pucat. Setelah diperiksa, lehernya sekadar melecet sedikit sahaja. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kecederaan yang dialami tidak parah.

Abu Suffian menempelak Ubay bin Khalaf yang menangis dan meraung tidak ubah seperti perangai kanak-kanak. Tapi, kata-kata Abu Suffian itu disanggah Ubay bin Khalaf.

"Engkau tahu tak, siapa yang telah melukakan aku? Tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad. Demi al-Lat dan al-Uzza! Kalau derita ku ini tertimpa ke atas semua orang Hijaz, tidak seorang pun akan hidup..."

Wajah Ubay bin Khalaf bertambah pucat dan berasa amat takut apabila teringatkan kata-kata Muhammad kepadanya di Mekah dulu. Ubay bin Khalaf yakin bahawa dia akan mati di tangan baginda.

"Andai kata Muhammad meludahi aku, nescaya habislah aku..." beritahu Ubay bin Khalaf.

Ubay bin Khalaf meninggal dunia semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah akibat menderita melecet sedikit di leher kerana terkena rejaman lembing Rasulullah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)