--

--

Saturday, 26 February 2011

1 WeeK HoliDay

KRISIS AIR DAN CUTI DARURAT!!

Disebabkan takde air kat Mantin dah lebih seminggu, so finally, student yang duk Mantin dapat cuti seminggu. Best betul! Lepas je balek kolej tu, terus siap2 kemas beg n pegi KL SENTRAL. This time, balek naik train saja. Risau betul time tu, sebabnya sampai KL dah pukul 7.45 mlm, dengan ramai manusia yang baru pulang kerja. Ingatkan train pukul 8.30mlm. So, sesampai je kt sana, terus tekan duit n beli tiket. ALHAMDULILLAH! nasib baik available lagi. Ada second class n superior night class. Oleh kerana terlalu penat, beli saja tiket yg ada bed, boleh tido! WEE~ Naik train tu sorang2 jela. K.shira nak balek esok katanya. Dah inform kt mak n ayah, agak kerisauan jugak la anak dia nak balik sorang2 ni. Tapi anak dia relax je! macam tak biasa pulak kan? HEHE. Buat berani pulak!

Dah bosan2 tu on9 la kejap dalam train, saje usha2 FB. Pastu dah off9, mesej2 pulak. Dengan sape? ado la. TOP SECRET! HIHIHI. Pukul 2 pagi baru rasa ngantok. Lepas bangun je bersepah miskol n mesej. Tido mati rupanya, nasib baik kunci jam! Mesej mak yang banyak, tanya dah sampai kt mna. Tapi xtau nak cakap, sebab gelap kt luar kan, so hentam saja lah! HAHA.

ALHAMDULILLAH, pukul 4.30 pagi, sampai kat STESEN BUKIT MERTAJAM. Turun2 je train, tarik nafas dalam2. Segar betul udara BM ni. HEHEHE. Rindu tau! walupun raye cina hari tu dah balek, tapi rasa macam setahun tak balik! Mengada betul kalo dapat cuti kan. HIHI. Sampai je kt umah, sambung tido lagi. Bangun2 je mak ayah n adik dah pegi sekolah. Lupa pulak, diorg mana cuti. Cek sorang je la duk kat umah. So macam biasa la duk umah jadi bibik sepenuh masa. Tapi masak je tak buat. Sebab mak takut kakak ni lupa padam api. Macam2! tak pe la for safety kan?

Balek umah lagi sakan la dia on9 kan? so nota pun tersimpan rapi dalam beg! tapi ada orang dah tolong remind kan. So, t'sentuh jugak la nota tu, dan jadi jugak la studynya! THANK U SO MUCH!

Hari Sabtu, sempat jugak keluar dengan kawan lama a.k.a jiran sebelah. HEHE. Lama betul tak jumpa NADIA. Yela orang dah belajar kat MESIR kan, bukan senang dapat balek MALAYSIA. So, keluar jalan2 dalam JUSCO. Macam cerita nak diceritakan. Dari tunggu bus, sampai ke dalam JUSCO, asyik cerita je tak benti2. Ala, nak buat camna susah nak jumpa dah pasni. HUHU. Sempat jugak la tengok wayang citer the Mechanic. Sebenarnya tak de citer best, tapi citer ENGLISH selalu best, so prefer that one la!

Tak sangka pulak, tarikh dekat2 dengan birthday abah. Alang2 kat JUSCO ni, dapat jugak beli sumtink untuk abah. Sebenarnya kalau nak ikotkan anak dia ni, memang tak tau nak beli apa la kan. So, ilham dari mak, belikan wallet baru je la sebabnya wallet yang currently pakai ni dah memang ditahap yang kritikal. Abah ni bukannya kedekut, tapi cermat sangat. Selagi boleh pakai benda tu, selagi tu la dia takkan beli yang lain. Apa2 pun anak2 dia yang selalu didahulukan. Nak apa saja cakap! jangan malu2 jangan segan2 katanya. HAHAHA. itulah abah. Even, handphone anak2 dia lagi canggeh manggeh dari dia. Tak pe la abah, tunggu kakak jadi qualified staff nurse nanti, kak beli latest punya. wah! insyaALLAH, aminn.. fuh2.. HEHE.

Today, 26th FEB 2011 I would like to wish a happy birthday to my lovely father. Encik Aznor. Selamat panjang umor dan sihat2 serta ceria2 selalu. HEHE. Hadiah dah beli awal2 lagi dengan my mom. Tapi agak spoil sikit sebab kantoi awal sgt sebelum tarikh hari ni. Irah la punya kerja ni! Suka sangat tak pandai simpan rahsia tau. haish~ Cubet jugak budak ni nanti.

Anyway. Love u mak, abah, irah n pikah. Salam sayang.

SEmestER 3

Alhamdulillah. Exam dah banyak habis, so tinggal CHN n GYNAECOLOGY je la. Tadi baru je amik Exam PAEDS. Agak spoil soalan yang last tu, tapi ada juga idea. Bak kata MAdAM, common sense and critical thinking! so memang kritikal la aku pikir kan tadi. HAHAHA. Please don't TALK about CLINICAL POSTING! BUt, I still need to story mory.

CLINICAL POSTING

Time tengah cuti free seminggu ni, dapat pulak khabar berita tempat posting. Mulanya, dapat kol dari k.fizah, dah kenapa pulak kol time2 cuti ni ya. Nak tanya pasal exam kah? HUHU. K.fizah cakap dia dapat posting kt Putri Specialist. Mau tak terkejot? Jauh benar tempat posting! kenapa tak hantar ke Sabah Sarawak je. Lagi bagos kan! Dulu cakap, KPJ Johor tak nak student Nilai. Sekarang mau hantar pulak. Pelik2. Everything changed very fast. Rasa macam nak diarrhea plus2 pun ada time tu. So, suh k.fizah roger2 k.Nik pasal tempat posting. Tak sangka dapat Ampang. Area KL lagi. Happy pun tak, tak happy pun tak. Atas pagar je rasanya. Hmm, ingatkan boleh dapat KEDAH or PENANG ke, tak pun IPOH. kenapa la suka sangat bagi area dekat2. Sem 1, DAMANSARA. Sem 2, SEREMBAN. n now Sem 3, AMPANG. Sem 4? wallahua'lam.

CHN dapat kat SENDAYAN. That one, I don't mind. Sebabnya CHN ni agak menyeronokkan. Dapat rasa jadi nurse klinik desa jap, even 2 weeks only. Boleh tengok life stlye penduduk desa, and orang asli. Rasanya kalo pegi tengok perkampungan orang asli, bukan diorg yang jakun, diri sendiri agaknya. HAHAHA. Tapi pegi CHN ni bukan lenggang kangkung je cek kak, macam2 aktiviti kena buat. Ada presentation, health talk dekat patient, assessment, assignment n etc. So, be prepared of physical, mental, emotional, social behavior maximumly.

Ni nak pegi AMPANG dengan apa pun tak tau la. Pening2. HUHU. kalau ikotkan nak bercerita panjang lagi. tapi sambung next session pulak la nanti eh.

okey, for group 40 dip in nursing. Good luck for our next clinical posting that will begin on 21st march 2011. See u all again after 2 months posting. Love u all. Especially my buddies, anis, fiza, ainna, hajar, n kak fizah. Tak penah pun posting dengan korang kan? To k.fizah, Sem 2 je last kita dapat posting skali. So akak, take care. To k.shira n nurul, jumpa hampa lagi. wah! HAHAHA.

ok dah la. panjang pulak membebel. bye2 . Assalamualaikum.


Thursday, 10 February 2011

Pemergianmu - Inteam

(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Followers

Listen and Feel it :)