--

--

Saturday, 26 February 2011

1 WeeK HoliDay

KRISIS AIR DAN CUTI DARURAT!!

Disebabkan takde air kat Mantin dah lebih seminggu, so finally, student yang duk Mantin dapat cuti seminggu. Best betul! Lepas je balek kolej tu, terus siap2 kemas beg n pegi KL SENTRAL. This time, balek naik train saja. Risau betul time tu, sebabnya sampai KL dah pukul 7.45 mlm, dengan ramai manusia yang baru pulang kerja. Ingatkan train pukul 8.30mlm. So, sesampai je kt sana, terus tekan duit n beli tiket. ALHAMDULILLAH! nasib baik available lagi. Ada second class n superior night class. Oleh kerana terlalu penat, beli saja tiket yg ada bed, boleh tido! WEE~ Naik train tu sorang2 jela. K.shira nak balek esok katanya. Dah inform kt mak n ayah, agak kerisauan jugak la anak dia nak balik sorang2 ni. Tapi anak dia relax je! macam tak biasa pulak kan? HEHE. Buat berani pulak!

Dah bosan2 tu on9 la kejap dalam train, saje usha2 FB. Pastu dah off9, mesej2 pulak. Dengan sape? ado la. TOP SECRET! HIHIHI. Pukul 2 pagi baru rasa ngantok. Lepas bangun je bersepah miskol n mesej. Tido mati rupanya, nasib baik kunci jam! Mesej mak yang banyak, tanya dah sampai kt mna. Tapi xtau nak cakap, sebab gelap kt luar kan, so hentam saja lah! HAHA.

ALHAMDULILLAH, pukul 4.30 pagi, sampai kat STESEN BUKIT MERTAJAM. Turun2 je train, tarik nafas dalam2. Segar betul udara BM ni. HEHEHE. Rindu tau! walupun raye cina hari tu dah balek, tapi rasa macam setahun tak balik! Mengada betul kalo dapat cuti kan. HIHI. Sampai je kt umah, sambung tido lagi. Bangun2 je mak ayah n adik dah pegi sekolah. Lupa pulak, diorg mana cuti. Cek sorang je la duk kat umah. So macam biasa la duk umah jadi bibik sepenuh masa. Tapi masak je tak buat. Sebab mak takut kakak ni lupa padam api. Macam2! tak pe la for safety kan?

Balek umah lagi sakan la dia on9 kan? so nota pun tersimpan rapi dalam beg! tapi ada orang dah tolong remind kan. So, t'sentuh jugak la nota tu, dan jadi jugak la studynya! THANK U SO MUCH!

Hari Sabtu, sempat jugak keluar dengan kawan lama a.k.a jiran sebelah. HEHE. Lama betul tak jumpa NADIA. Yela orang dah belajar kat MESIR kan, bukan senang dapat balek MALAYSIA. So, keluar jalan2 dalam JUSCO. Macam cerita nak diceritakan. Dari tunggu bus, sampai ke dalam JUSCO, asyik cerita je tak benti2. Ala, nak buat camna susah nak jumpa dah pasni. HUHU. Sempat jugak la tengok wayang citer the Mechanic. Sebenarnya tak de citer best, tapi citer ENGLISH selalu best, so prefer that one la!

Tak sangka pulak, tarikh dekat2 dengan birthday abah. Alang2 kat JUSCO ni, dapat jugak beli sumtink untuk abah. Sebenarnya kalau nak ikotkan anak dia ni, memang tak tau nak beli apa la kan. So, ilham dari mak, belikan wallet baru je la sebabnya wallet yang currently pakai ni dah memang ditahap yang kritikal. Abah ni bukannya kedekut, tapi cermat sangat. Selagi boleh pakai benda tu, selagi tu la dia takkan beli yang lain. Apa2 pun anak2 dia yang selalu didahulukan. Nak apa saja cakap! jangan malu2 jangan segan2 katanya. HAHAHA. itulah abah. Even, handphone anak2 dia lagi canggeh manggeh dari dia. Tak pe la abah, tunggu kakak jadi qualified staff nurse nanti, kak beli latest punya. wah! insyaALLAH, aminn.. fuh2.. HEHE.

Today, 26th FEB 2011 I would like to wish a happy birthday to my lovely father. Encik Aznor. Selamat panjang umor dan sihat2 serta ceria2 selalu. HEHE. Hadiah dah beli awal2 lagi dengan my mom. Tapi agak spoil sikit sebab kantoi awal sgt sebelum tarikh hari ni. Irah la punya kerja ni! Suka sangat tak pandai simpan rahsia tau. haish~ Cubet jugak budak ni nanti.

Anyway. Love u mak, abah, irah n pikah. Salam sayang.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)