--

--

Wednesday, 29 June 2011

Tatapan di petang hari

"Hari ni dalam sejarah Islam , masa zaman Nabi Muhammad s.a.w telah berlaku 1 peristiwa Isra' Mi'raj . Apa yg kita sebagai umat Islam paham mengenai peristiwa ini adalah dimana telah berlakunya perjalanan waktu malam . Ini bukan malam yg biasa , tetapi luar biasa . Baginda telah menaiki Buraq (burung dari syurga) dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) . Perjalanan tersebut sebenarnya sangat lama tetapi disingkatkan menjadi hanya satu malam sahaja . Kira-kira 1235km diperlukan untuk sampai ke Masjidil Aqsa . Dari segi akal fikiran manusia , ia adalah sesuatu yang tidak logik kerana pada zaman Nabi , belum ada lagi kemajuan teknologi . Yang ada hanya unta atau kuda . Begitu hebatnya kekuasaan ALLAH s.w.t dalam menjadikan perjalanan itu singkat . . . . . "

petikan dari ceramah sempena Isra' dan Mi'raj Oleh Ustaz Nushi Mahfodz (UIA)

Tak sempat nak dgr ceramah nie smpai abes . Kalo buat dari pagi InsyaALLAH sempat dgr . Td pun start pukul 3ptg . Anyway sgt2 bermanfaat ceramah ni . Dolu2 ustazah penah citer pasal kisah Nabi ni tapi secara luaran . Yelaaa budak2 kan , tak semua la bole paham . 2 hari lepas pn ada baca dlm paper kalo tak silap pasal pembedahan yg bermula dari peristiwa Nabi ni . Tahu tak knp Isra' Mi'raj berlaku ? Sebabnyea , pada zaman tu Baginda telah kehilangan 2 orang yg dikasihinya iaitu , Bapa sedara Nabi (Abu Talib) dan Isteri kesayangannya (Khadijah) . Jadi Baginda sgt bersedih hati krn bkn sahaja disebabkan pemergian tapi hilangnya semangat untuk berdakwah . Pada malam Isra' dan Mi'raj ni lah Baginda bertemu dgn ALLAH s.w.t dan dijelaskan kpd Nabi bahawa yg berhak menentukan tegaknya ISLAM hanya ALLAH s.w.t . Pada peristiwa ni jgk , solat 5 waktu diperintahkan kpd Nabi dan untuk disebarkan kpd seluruh umat ISLAM .

Cmtulah serba sdikit kisah Nabi Muhammad s.a.w . Nk cite lebih nnt tersalah plak . hehhe . cukupla sekadar yg aku tau . Kalo korang layan nasyid , carilaaa lagu "Isra' Mikraj" kumpulan hijjaz , unic ngn inteam yg nyanyi . Layan jee , sure best ! huhuhu .

renung2kan dan selamat beramal . barakallah hufiikum .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)