--

--

Friday, 29 June 2012

Serikandi Islam: Zinnirah

Assalamualaikum. Hari ni.. eh tak. Malam ni nak cerita satu kisah menarik. Kisah seorang serikandi Islam. Nama beliau, Zinnirah.

Zinnirah terkenal di zaman Rasulullah s.a.w kerana keteguhan imannya terhadap agama Islam dan kehambaannya terhadap ALLAH s.w.t. Gadis yang berasal dari Rome ini pada asalnya belum memeluk agama Islam sehinggalah terjadinya peperangan besar di Rome pada ketika itu menyebabkan Zinnirah terpisah dari keluarganya. setelah terpisah, Zinnirah telah dijadikan sebagai tawanan perang.

Sejak itu Zinnirah dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. 

Sekian kisah Serikandi Islam utk malam ni =) Semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan ALLAH s.w.t 

Ma'assalamah wa illalliqa' 

Friday, 22 June 2012

It's a secret


I will work on my relationship with ALLAH s.w.t.

Let HIM decide the best man for me who will guide me in this world till Jannah

InsyaALLAH, aminn  

Tuesday, 19 June 2012

Dear My Heart n My Soul

In the process of motivating myself. Wake up as a new me. Be more strong and no more tears. insyaALLAH =)

Tuesday, 5 June 2012

Ada hikmah Di sebalik kejadian =)

Alhamdulillah dah dua hari di Nilai semula lepas cuti dua hari di rumah manis rumah =)

Disebabkan cuti sekolah still in progress, maka dengan ini hamba pulang ke Nilai bersama sama keluarga hamba.. Yang men'drive'kan kete dari BM ke Nilai adalah hamba sendiri. Ecehhh .. Yelaa sbb dah lame tak drive kan, tu yg gedik sangat da nak drive sampai ke sini..

Nak dijadikan cerita, lepas je Tol Ipoh (U) tiba tiba bunyi something kt tayar belakang, dengan sepantas kilatnya aku pun benti kat tepi jalan tu.. Turun je dari kete, tengok tayar belakang dah kemek kelepek n takda angin langsung !

Ingat kot tayar pancit sebab paku, tapi tayar tu dah pecah n ghelai (bak kata orang utaqa).. Bertungkus lumus aku ngn abah tukar ganti tayar tu ngn tayar spare tp tayar yg pecah tu tanak kuaq lepas beberapa kali cuba, then terpaksa la call PLUS Line 1-800-88-0000 .. Pastu mereka ni pun datang laa, dengan selambanya Encik tu pun amik tayar spare tu pastu hempuk hempuk kt tayar pecah tu.. Hahaha tak sangka cmtu punya cara yg kene buat..

Ni lah hasilnya kalo di pandu org professional cam aku -,-

At Silverstone 

Dah siap siap semua, PLUS Ronda tu bawak la sampai ke Simpang Pulai. Alhamdulillah, ada jgk kedai tayar bukak hari Ahad =) Kene lah rm200++ .. Takpela yg penting, tayar da okey n bole drive cam biasa.. Hehehe

Followers

Listen and Feel it :)