--

--

Sunday, 4 November 2012

Fitrah Manusia

Assalamualaikum.. :)

Bila kita menyayangi seseorang tu kemudian datang suatu saat yang memaksa kita untuk meninggalkan dia, biarkan dia pergi. Kerana sekuat mana kita bertahan atau mempertahankannya, jika dia bukan jodoh kita tetap tidak menjadi milik kita. Tetapi jika dia benar benar jodoh kita, kemana pun kita melepaskannya pergi insyaALLAH pasti akan kembali :)

Cinta dan kasih sayang tu berdiri di atas kepercayaan dan kejujuran antara satu sama lain. Jarak jauh atau dekat bukanlah penghalang untuk kita terus menyayangi seseorang tu. :)

Janganlah terlalu mencintai seseorang tu sedalam dalamnya, suatu masa nanti kita mungkin akan membenci dia sedalam dalamnya. Cukuplah hanya bersederhana asalkan tahu perasaan masing masing :)

Sesuatu yang membuatkan manusia itu sentiasa terpukau adalah PENGHARAPAN. Jika benar kita inginkan seseorang tu, berilah dia harapan yang benar. Bukan yang PALSU. Anda mungkin tertawa kerana mempermainkan hatinya, tapi perlu ingat suatu saat nanti anda juga mungkin akan dipermainkan. :)

#Ehmm sebenarnye tatau nak update entry ape. Just share it to you.

Tak salah pun kalau kita doakan orang yg kita cinta sekarang ni agar menjadi peneman hidup kita selamanya. ALLAH tu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui :)

Me love you, NKS ;)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)