--

--

Wednesday, 18 December 2013

Cerita Akhir Tahun 2013

Assalamualaikum, Alhamdulillah perancangan yang selama ni di rancang untuk bulan December 2013 berjalan dengan lancar :) So untuk story kali ni agak panjang berjela-jela. Harap bersabar bila membaca ya. Hehehe. 

TujuhDuaBelasDuaRibuTigaBelas
Alhamdulillah, saya dah selamat menjadi tunang si Dia. Walaupun ada sedikit kesulitan yg berlaku secara tak diduga. *Tak mau citalahh. Sepanjang 3 bulan perancangan, macam2 persiapan dilakukan. Perasaan tu mestilah excited lebih tapi dalam masa yg sama takot!! Majlis buat kecik-kecik je, cukup setakat menjemput saudara-mara terdekat, kawan2 dan jiran. Awal pagi dah bangun, tolong mak abah susun meja kat luar. Buat persiapan terakhir. Hee. Pukul 9.30 pagi bersiap then pi make up. Haaa tatau la apa yg dah jadi kat muka aku ni. Bila balik umah je, semua orang tengok. Malu cheq!! Photographer pun dah ready. weeee
Nampak sgt snap shot dari FB. Haha. 
Tudiaaa make up macam geisha dah. Tebal mana tu tatau. Sebab time kena make up tu mak andam tak bagi tengok cermin. Risau sungguh. Bulu mata tu first time pakai, sampai menangis2. Hahaha. Pedih ooo. *Maaf tak biasa. Gambar kat atas tu time buat close up with cousin. Senang cite sebab tak yah sesusah cari photographer luar. Ahkak ni tak pandai posing, semua photog tu yg bagi direction. Tengah sibuk layan tetamu, si cinta hati call katanya otw. Maigod maigod!! Mula rasa nebes!! Mak plak dah suruh duduk dalam bilik. Dah selesai bincang2, diorg panggil turun. Malu betol semua orang tengok, tapi tak la buat2 malu. Haha. Its time to end the ceremony, sarung cincin :)

   
with his mom :)
With encik Tunang ;)

          
With dearest friends, anis and nurul.
Hantaran dari pihak lelaki. 
Alhamdulillah, majlis pun selesai dengan hantaran 7 berbalas 9. Nasi Hujan Panas menu hari tu dapat banyak pujian. Memang sedap! Lapaq gila dah time tu tapi tak nak makan lagi. Semoga ikatan pertunangan ni berpanjangan sampai tarikh yang bakal tiba. in sya ALLAH.



EmpatBelasDuaBelasDuaRibuTigaBelas
After one week engaged, hari ni datang KL pulak untuk convo!! Yay! Satu lagi hari yg ditunggu-tunggu dalam bulan ni. Alhamdulillah selesa jugak. Saja pegi awal sehari. Hehe. Naik bas dari sini then sampai KL pun dah petang. Malamnya pulak tengok Hobbit yang ke 2, after one year. Yang bestnya Cite ni, sbb mesti on cinema bulan december. December 2012 and now December 2013 :) So sweet!!! Maybe akan ada yg ketiga. Not sure when. Hope December 2014 plak ye. hehe. *Maaf gambar tiket tak diletak.

LimaBelasDuaBelasDuaRibuTigaBelas
Hari ni agendanya nak ke PICC for rehearsal convocation coming morning. *Ecehh ko ingat ni nursing report ke ape Adda?? Of course si Pilotnya Mr Fiance. Mekaseh awak tunjukkan jalan, senang esok nak pegi ngn family. Sampai je sana, jangan cakaplah perasaan camne. Jumpa balik member2 kolej. Wahh rindu betol!! Jumpa lecturers. Selesaikan urusan semua, then petang tu pegi makan dekat Taman Warisan Pertanian. *Betul ke sebutan tu?? Ahhh hentam je!! Memang agak lapar time tu, dapat la jugak makan Roti John beli 1 pasti nak lagi. Hahaha

Nindiaaa Roti John nyaaa. Sedap hingga menjilat pinggan
Makanan utk orang berDiet mcm si Dia. hehe :P
Lepas makan, exercise kat taman warisan pertanian. Tengok dusun! *Maaf sy takde kampung yg berdusun tapi berlalang ade la. Hee. Best jenjalan kat dusun ni, penat mmg penat tapi enjoy! Peluh tu tak terkata sbb panas terik kannn. Hahaha. 

Haloooo
Us :)

Melawat kolam ikan pusaka. 

Kaji peta jap, kang sesat! 

Nape senyum camni ?? Sebab tengah menelan air mineral tu. Hahaha

Tudia tali belakang dah loose, peluh punya pasai
Then terus balik KL jumpa mak abah plak. Next destination pegi rumah bakal besan, bakal in-law dan yg sama waktu dengannya. Ni perjumpaan kali kedua tapi adik-adik tak ikot dah sorang tu tak sehat pulok. Macam2 mak dia masak. Ingatkan makan kuih2, minum2 petang rupanya sampai ke maghrib berborak and makan2. And yang paling tak disangka, kek kat bawah ni. hahaha. Terkejut tau!! Mumy dia beli and si dia sendiri pun baru tahu. Btw, sangat sedap!!! :) *thumbs up


EnamBelasDuaBelasDuaRibuTigaBelas
Okay, pagi ni bangun pukul 4.30 pagi. Mak oiii semangat betol nak pegi PICC!! Si cinta hati gerak lambat sikit. Siap2 terus gerak ke putrajaya. Time tu dah almost 7am, parking jammed!! Ada yg lagi awal datang. Dahsat betol! Siap berjubah, terus berkumpul kat atas. Time ni la nak bersnap-snap before enter hall.

Heee ;)

Queue card yg aku lupa bawak naik, then turun balik amik kat mak. Haihh
again!!
with best friends
Awaiting tetamu kehormat masuk. Tercari cari family kat kerusi atas, last2 nampak si Dia masuk, okay i can see them!! Heee Suka!!

Today is my day

Dah start beratur utk ke on stage. Nebes!! 

Dapat bunga!! 

Hajar and me

Love mak and abah ;)

my family

Mr Fiance :)

Tak cukup tangan haaa

Again inside the hall with lovely family ;)

Adik adikku sayang :)

Love.Flowers.KPJHUC

Alhamdulillah syukur pada ALLAH S.W.T, setinggi-tinggi penghargaan kepada mak and abah. Segala jasa dan pengorbanan tak ternilai harganya. Tanpa mereka, hari ni aku mungkin takkan jejakkan kaki ke PICC. Adik-adik yg disayang jugak banyak bagi support. Pensyarah-pensyarah yg memberikan ilmu tanpa jemu. Kawan-kawan seperjuangan yg banyak membantu. Rindu hampa weyh!!! And last but not least, Cinta hati. Yg banyak bagi dorongan, nasihat, kena marah bila rasa down *oppss, berkongsi cerita, dan sebagainya. Hehe. Thanks syg for coming and sanggup mintak cuti :)) Without all of them, i will not be here.

These are all stories for the end of the year 2013. In sya ALLAH jumpa lagi di tahun 2014. Aminnn.








Followers

Listen and Feel it :)