--

--

Wednesday, 31 December 2014

Cameron Highlands Honeymoon

Al kisahnya baru je pulang dari cuti cuti cinta. Pegi mana? Tempat yang paling tinggi dan sejuk kat Pahang. It is CAMERON HIGHLANDS!!

Sebelum nak sampai ke sini macam2 dengar member, sedara, jiran cerita jalan tak elok dengan tanah runtuh sana sini. Cuaca pun hujan selalu. Ditambah pula dengan banjir sana sini. Itu semua kuasa Allah. "Jadi maka jadilah ia". Memang kita kena berhati2.

Kami pun takut2 sebenarnya nak ke sana. Plan B pun ada tapi bergantung pada keadaan. Alhamdulillah dengan izin Allah, kami selamat sampai dan selamat kembali dari Cameron Highlands.
Cuaca pagi tu cantik, nampak matahari dengan awan membiru.

Perjalan agak jauh, jalan berliku2. Aku dah pening lalat. Nasib baik encik suami steady je drive kereta. Sampai je kat atas memang sejuk and first thing yg dicari "sweater". Kenapa? Sebab aku tinggal kat KL sweater yang asal. Haihhhh.

Our Hotel :)

Strawberry farm

Strawberries in other way. Delicious!!

Selfie!!

Minum 'Boh' teh tarik 

Tea Boh's plantation factory


Cantik kan??

Sunshine early morning but its still cold!!

Photographer in action. Heee

Love my husband ;)

Married life of us

in taman rama-rama

panas terik. tahan mata. haha

Few colors of sunflower. Cantik sangat
Tak larat nak cite panjang2. Ikotkan sampai esok pu tak habis. So just enjoy those pics. Let them brief you the story. Papepun seronok sangat ada di Cameron Highlands. Thanks to encik suami bawak isterinya datang honeymoon kat sini. I am so so happy be with you dear hubby ;)

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum. Apa khabar semua?? Lama sangat kan blog ni menyepi. Biase la teman ni busy aje sepanjang bulan 12. Sekarang pun baru je sampai kt rumah.

Alhamdulillah segala yang dirancang sepanjang bulan 12 ni berjalan lancar dengan Izin NYA. Especially hari bahagia aku. Meh share gambo sikit.

Aku terima nikahnya....

Nindia duk habaq mai. So disini saya nak buat pengumuman sat na.

Pada tarikh 12.12.2014 bersamaan 19 Safar 1436 Hijrah pada pukul 6.15 petang dengan sekali lafaz, saya Nor Shahadah Bt Aznor bergelar isteri yang sah kepada Nabil B. Khairul Saleh.

Subhanallah perasaan masa tu hanya Allah saja yang tau. Seronok ada, sebak ada sampai nangis tapi control lagi. Hehe. Mana taknya bila Ayah sendiri yang nikahkan untuk anaknya. Tambah2 bila baca penyerahan hak ke atas suami. Allahuakbar, meleleh ayaq mata baq hang! Walau apa pun, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan mudah. Encik suami tak kena tanya banyak hanya di suruh istighfar dan mengucap dua kalimah Syahadah. :)

Majlis resepsi pihak perempuan.
Lokasi: Dewan Bandar Perda
Tema: Putih+Gold, Turquoise
Tarikh: 13.12.2014

Yang ni gambar outdoor. Tak boleh share banyak. Hehe. Kalau nak tengok banyak2 kena bukak album okayyyy...
Husband&Wife
Photographer sepupu sendiri, so dia pekena kami habeh2. Outdoor sampai 4 tempat. Letih tak terkata la bila dah balik. Hahaha.

Jom kita usha majlis resepsi pihak lelaki.
Lokasi: Rumah pengantin lelaki (alamat tengok kad... tu pun kalau dapat. Hehe)
Tema: Silver, Purple, Pink, Grey.
Tarikh: 20.12.2014

Nak dijadikan cerita time nak bersanding ni bunga tangan tinggal kat umah nenek. Hahaha. Memang pandai! Tahniah2. Haisss. Nasib la cover2 pegang tangan cik abang sambil jalan. Heee.

makan bersuap. Weee.

Syok sanding. Hehe
Nampak seronok kan? Memang seronok. tapi penat tu takyah cakap. Rasa la sendiri utk sesapa yang bakal berkahwin nanti. Last but not least.

Alhamdulillah segalanya telah selesai. Bukan nak bangga tapi ini serius memang syok bila dah kahwin. Cinta halal tu lagi indah sebenarnya. Bila rindu tu, rasa lain macam rindu. Nak sentuh pun takda masalah tapi kalo nak sembahyang tu jangan la gatai pi sentuh. Batal jugak wudhu' tu. Hihihi.

Semoga perkahwinan kami ni kekal sampai ke Syurga. Aminnnnn

Friday, 14 November 2014

Nothing much I can say

Assalamualaikum semua..

Ok sekarang ni dah jarang sangat buat entri baru, not because lack of idea but I'm getting busy and busy since my Big day is just around the corner. Pejam celik pejam celik dah dekat dah jahh oiii.. Macam x caye je.

Ape perasaan bride-to-be ni??
Haaa... macam2 perasaan ada uolsss. Takut ada, excited ada, neves pn ada. Semua dah bercampur-campur. Pada yang bakal berkahwin pun mesti tengah busy macam iolss ni kan??

Pape pun tahniah utk yang bakal mendirikan rumah tangga especially bulan Disember ni.
Kad jemputan pun dah bagi. Bulan November ni bulan utk final fitting baju wedding.

Pada yang mengenali diri ini dan mendapat jemputan saya, diharap dapat hadir utk memeriahkan lagi majlis.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aminn aminn Ya Rabbal 'Alamin...

Jumpa di bulan Disember nanti. In Sha ALLAH.

SAVE THE DATE.




Wednesday, 17 September 2014

Cuti-cuti September Part 2

Haiiii, okay let's continue for Part 2 :)

Seperti yang dirancang semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Alhamdulillah. Cuti 3 hari yang bermakna with my love and family.

Ahad 

Pepagi lagi dah bangun, mcm biasa siap2. Tak sabar nak fetch tunang kte ni!! Plan for today:

  • Ukur Baju
  • Pantai Merdeka
Si dia sampai pun dah tenghari, terus singgah makan. Tahan perut ni sebab nak makan sama2. Hihi. Pastu pi jumpa tailor, nak settlekan baju pengantin Lelaki. Quite surprising bila tengok warna kain tu dah jadi lain!! Haha. Mulanya terdiam jgk la tp takpe still boleh combine with any colors. Think positive!!

Next, shoot to Pantai Merdeka. Saje nak encik tunang try ABC tinggi dengan ice cream cone on top. Tu yang popular kat sana. Agak jauh la perjalanan, ikut pulak jalan dalam. Sekelilingnya sawah bendang yang luas. Cantik sangat. Kan sayang? heee. Boleh kot outdoor photoshoot kat sana??

Tinggi tak?? 
Time ni pun dah hujan lebat. Sementara tunggu hujan reda, makan2 dulu. Hujan2 ni perut cepat lapar. hihi. Gambar tak banyak amik kat phone. Just guna intax mini. :D

Isnin


Orait, hari ni Mak Abah pun ada so kita ke pulau jugak tp bukan pulau pinang. We called as Pulau Aman. Kat sini macam perkampungan nelayan. Ada rumah kampung utk penduduk, ada masjid, ada kedai2 makan, chalet and homestay, sekolah pun ada tau. Nampak je kecik tapi mcm2 ada.

Last datang sini, masa tingkatan 2. Banyak la perubahan yg berlaku. By this time, kita bwk orang kolumpo datang sini. Apa yg special kat Pulau Aman ni??? Of course Mee Udang!! Udang dia bukannye mcm kat pasar yg kecik2 tu. Udang semua fresh pastu besaq baq hang!!
Sepinggan Mee Udang murah je dlm Rm6.00. Kalo nak yg set besar, sepinggan Rm10.00. Udang dapat extra. Sape yg kaki seafood macam aku ni boleh la berkunjung ke sana.

Mcm mana nak pegi??
Kena cari Jeti Pulau Aman kat area Batu Kawan. Kalau tatau, boleh guna waze. Selalu bot start pukul 10 pagi bergantung pada paras air laut. Kalo air pasang lagi senang ada bot.
Bayaran sorang Rm6. (pergi-balik)
Dah macam promoter plak. Haha. Cerita je kot la uolss teringin nak pegi ke.



My mom :)
                 
                        Nindia mee udang depa
Cinta ;)
Disebabkan cinta hati ni allergic seafood, aku la tukang habiskan udang. Abah pulak gout, Abah pun tak makan udang. 7 ekoq udang jugak la aku bantai. Nasib baik mata tak jadi ikan buntal. Aku ni newly diagnose allergic to seafood tapi hentam jugak. hahaha. Tak boleh tahan oooo..





Okay dah kenyang tu, gerak balik ke daratan. Sempat beli belacan and keropok Pulau Aman.
Mak Abah nak balik sebab ada hal, so kami pi Penang pulak. Hehe. Dating berdua la tunggu lagi!! Haha



Kononnya nak cari Penang street Art. Memang dah jumpa pun tapi jalan jem nak mampuihh. Lepak kat Padang kota lama sje la. Cuti sekolah cmni la. Jem teruk sangat. Hari pun mcm nak hujan, mendung je. Sempat la snap pic 2 ,3 sambil makan eskrem. Hihi

Meet my captain :)
Scene kat gambar tu mmg original, bukan di edit. No 360, 180, 90, 30 ke ape. Love the clouds. Cantik kan???

Tutti frutti !!!
Petangnya, balik seberang perai. shoot pulak ke auto city juru semata mata nak cari Tutti Frutti. weee. Dapat jugak akhirnye :)
Sebelum tengok homestay singgah jap kat hospital, encik tunang ni nak jumpa member. Jejak kasih! hehe

Last sekali, jumpe Makngah, owner homestay. Dah lama booking tapi belum tengok dalaman rumah tu. Dari luar nampak luas, bersih dan terjaga. Masuk dalam rumah pun mmg superb bersih. Makngah ni hari2 datang bersihkan rumah tu. Homestay dia untuk orang Islam. Tu yang best dengar. Seriously kalo aku pun nak je stay kt rumah tu. Rumput carpet mmg cantik. Akuarium terjaga, takda lumut. Boleh bagi 5 star ni!! Hope, tak jadi mcm tahun lepas. in sha ALLAH.

Selasa

Aktiviti hari ni just tengok wayang, petangnya tanpa rela nak hantar si cinta hati balik KL. Ohh so sad!!! Cepatnya cuti habis. :(

Kalau dah kawin camni la gamaknya. Kena duk jauh kejap. Rindu 200%

**counting days for next month**












Monday, 8 September 2014

Cuti-cuti September Part 1

Assalamualaikum! Morning!!! Lama sgt dah tak update blog kannn. Kalau nak update pun cecita pendek je watpe ye tak. By this time, iolls baru je balik dari ... KOLUMPO !!! Npe asyik kL je?? Yela my cinta hati kan tinggal kat sana takkan nak cite pasal Korea plak kan? opss..

Entry utk bulan September ada 2 bahagian. Why? Find out later :D


Kejap je kan dah masuk September. Then October, November and December
3 bulan je lagi tinggal !! Ya ALLAH !! Mesti sesape yg nak kahwin dah mula rasa neves, anxiety, palpitation, tremors dan macam macam lah. Kan? Kan? Sama la kita! Of course rasa excited but at the same time rasa neves pun ada.
Ikotkan kalender counting days apps, masuk hari ni dah tinggal lagi 95 Days (ni utk tarikh wedd aku :D )  Tudia puluh puluh hari je lagi. Anda bagaimana? Ecehhh

Alkisahnya, tujuan aku pi kL utk settlekan barang hantaran. Bertukar tukar barang hantaran. Biasala PJJ kena camtu. Kalo uols yg dekat senang la bole beli barang sama2. Tapi lagi seronok bercinta jarak jauh nih. Rindu lain macam. Haa gitu.. 

Untuk 2 hari tu mmg jadual packed!!
Hari sabtu, gerak dari BM pukul 9.30pagi, sampai KL pukul 2.30ptg.
Terus shoot to Jalan TAR. Beli ape? Biarlah rahsia. Hehehe
Lepas shopping makan2. First time nih makan kan Fish Manhattan.
Pekene Fish n Chip for 2.



Then shoot pulak ke PWTC. Ada Matta Fair.
Tempat tu wajib jugak pi. Nak book holiday murah2 memang kt Matta Fair je.


Dah puas jalan, baliklah ke rumah family encik tunang ;)
Tapi tak tdo sana, dah janji ngn si Ain nak tumpang tdo umah diorg. Ngee~
**kena tdo awal esok nak bangun awal gilerrr baq hang!!**

Ahad
Pukul 5.40 pagi bangun. sesiap. Pukul 6 si dia datang ambik. Nak ke mana??
Ke Dataran Merdeka ke kita. We joining #FITMALAYSIA .
Pukul 7 dah start tau. Tapi weolls join Fun Run je utk 5KM.





Walaupun takda medal utk fun run, tapi we both dapat cert! Heeee. Thanks a lot utk cinta hati saya yg banyak giving moral support along 5km away to the end. Hahaha. Bape kali aku stop. Dia sabar je tunggu kita. Love you sangat tau!!




Kenalkan sape tu?? punyalah berebut nak bergambar dengan YB KJ ni. Menyelit aje laaa. Hahaha.

Okay lepas dah penat berlari, penat sungguh!! Balik berehat, mandi. Tenghari tu attend wedding member encik tunang. Baju mesti sedondon. hihi. Tema kuning warna di raja. Haaa curlass
Sebelum pegi stesen bas, jumpa Nenek comel kte :)
with love ;)

Papepun 2 hari bercuti ni memang sangat2 enjoy!! Walupun dapat rehat kejap je tapi macam2 benda achieved. Thanks to my fiance for have fun with me. Balik Penang dgn jiwa yg tenang. Takde nangis2 ni sebab minggu depan si dia pulak datang Penang!! Yeay! So nanti tunggu part 2 pulak ye? Thank you. Bubye :*

Tuesday, 10 June 2014

June date with Family and Love

 Alhamdulillah selesai sudah bercuti selama tiga hari tiga malam. By this time, encik tunang pulak datang ke Penang. 6 bulan dah Dia tak datang sini. Thanks sayang for requesting off duty :) Nak pulak cuti sekolah kan minggu ni, lagi best bercuti. Anyhow, kali ni bukan sesaje cuti without intention. Macam2 dah plan before he came here. Always buat meeting during skype-ing time. Hee. 

Sebelum dia datang, keepin' on counting hours and minutes. Todia punya tak sabaaq!!
Tak boleh tdoq malam tu even I tried to. Takot nt terlajak time. At last,
pukul 1 pagi, tetdo jgk aku. ahaha. Nasib baik dah kunci jam tu dulu. Sharp pukul 4 pagi dah bangun. Katanya tren sampai pukul 5. Takpe, sanggup
tunggu tau.. 

Pukul 5 pagi, fetched him. Mak aku teman, yela pepagi buto tu takot gak drive sorang. Sampai umah, rest2 dulu. Nak pi mne pun awal lagi. Sambung tdoq la apa lagi. Hehehe.
Then pukul 9 sesiap nak pi kenduri kazen. Tema kali ni PINK!! Dari sebelum datang lagi dah plan awal2 nak pakai baju same kaler. Sweet tak? ngeh3.

Pegi asing2 sebab mak nak attend wedding kt taman. So He's my pilot of the day, and me as his co-pilot!! Yg tunjuk jalannye aku, yang drivenye Dia :)
Sesampai je kat sana, semua sedara dah berkumpul. Ble dah kenyang, pengantin pun datang.

Okay yang bestnye aku ni jadi bidan terjun same ngn encik tunang. Hahaha. Dua2 terkejut, tak plan pape tetiba je panggil pegang payung utk jadi pengapit. For the first time in forever jadi bride's + groom's maid. Kaklong cakap, dah dua2 pakai baju sama, kena jadi pengapit la. Adehh :D








**Petangnya balik rumah, drop by si adik. Then we shoot to AEON mall. Yeay!! Shopping time!! opps ni bukan shopping kosong. Benda yg di beli semua utk hantaran kahwin "He said". Okay boss!!
Jusco baru bukak so banyak SALE. Alhamdulillah beberapa barang penting dah pun beli.



Orait lets go to another chapter!
Saturday's event.
Location: Georgetown, Bukit Jambul, Queensbay Mall, Bayan Mutiara.

**Mak abah follow belakang sebab dah lama sangat tak datang bukit jambul.
Kata sana banyak jual baju, mostly sesuai untuk orang yg nak cari baju nikah, tunang, baju raya or others. So kalo orang pempuan yang datang sini, konfem senyum sampai telinga. Macam mak aku. Hahaha. Shopping is the best medicine for women!!

Dah puas pusing 1 mall, He got new Geron's long pants. I got my own solemnization's clothes :)

Muka bahagia dapat shopping. Hehe


Makan-makan tepi laut! I love seafood! yeay




The second penang bridge!!




**Hari ni, hari last bercuti dengan cinta hati tapi untuk bulan ni la. Lain kali jumpe lagi. in sha ALLAH ;) Hari ni plan tengok wayang "MALEFICENT". Sebelum tu singgah KPJ Penang kononnya nak jumpe Si Fahmi, member encik tunang. tapi takde rezeki. Yang jumpanye kete Tuan dia. Hahaha.


Here we go. Sunway Pyramid Carnival Mall!!


 Our menu: Cheese Baked rice! Oh my favs!!


 ***Tang hantaq Dia balik, tamau cita. Nanges kang!

*Pape pun, alhamdulillah semuanya dipermudahkan ALLAH. Cuti untuk 3 hari ni memang best. Walaupun penat, letih but we had fun!! To my family tercinta, maceh bawak jenjalan sana sini, melayan kerenah kakak ni. hehe. :)

*To my beloved fiance, maceh sebab awak datang Penang jumpe kte, mak abah n adik2. Pegi kenduri, pakai baju sama. Jadi pengapit sama2! haha. Shopping barang hantaran kita, cari baju untuk nikah, bawak tengok wayang, makan2. Yang penting sanggup balik lewat untuk kte!! Me Love the Only YOU!!

Sebagai balasan, kasut skechers awak tu as your belated bday gift from me :))



Followers

Listen and Feel it :)