--

--

Tuesday, 4 March 2014

Mac with LOVE

Hai assalamualaikum semua!! Hari ni dah ada kat rumah. Ehh sebelum ni ke mana? Haaa nak citer la ni. Cheq baru ja balik dari Kolumpo, saja la bercuti cuti malaysia sambil tu jumpe kekasih hati gitu. Hehe. Tak lama cuti, 3 hari 2 malam je. Macam biasa, bertolak malam dari penang naik tren. Huhu. Nak dijadikan cerita tren delayed dekat sejam. Jenuh tunggu weyh tapi tak rasa sangat pun. Excited kannn 

Sepanjang perjalanan tu memang sleep well. Badan pun baru sihat dari demam, batuk je yang tak hilang sampai hari ni. Tidolah aku sampai esok pagi. Fuhhh memang best!! Esok tu sampai dalam pukul 7.30 pagi. Buka mata, nampak klcc, kl tower. Rindunyaa kolumpo macam bertahun-tahun tak datang *klishe* Hee.

Apa lagi, calling2 la si cinta hati. Semangat dia bangun awal hari ahad tu. Sampai kL sentral, duk kat luar sambil tunggu si dia datang. Amik angin pagi dulu *belum jerebu lagi* So fresh!! Tunggu punya tunggu tetiba dia tak dapat amik plak sebab ada problem dengan keta. Next option, naik KTM to kampung batu! 


Alhamdulillah pagi tu tak ramai orang. Sampai je stesen sana mumy ngn abg ipar si dia datang amik terus ke rumah. Pagi2 tu tak nampak lagi muka cinta hati. *Rindu* Pape pun, dapat jumpe si kecik comel yg ada dua gigi tu. hihihi. Gewamnyee ngn dia!! haish. Nasib baik anak orang. hehe

Hari Ahad utk separuh hari, spend time ngn family encik tunang je :) Borak2, makan, tolong ape yg patot. Sebelah petang pulak, aktiviti yg paling dinanti2kan oleh semua wanita! Cer teka?? Haaa SHOPPING!! Opss bukan shopping yang takde tujuan ye. SHOPPING kali ni penuh makna dan agenda yang tersendiri. Wahh gitu.. Nak cari barang hantaran, survey2 ape yang perlu. Kat mane? Mestil SOGO. Kalo sale kan gila2 punya discount. 

So dapat la beli seluar jeans utk si sayang kte ni. Suka betol dia :) And me dapat beli perfumes! Tapi bukan utk kegunaan sekarang. Lepas kawen nanti baru bole buka. Haha. Lama tau! Sayang, jaga elok2 ye perfumes tu. Akak tu siap bungkus elok2, letak reben lagi. Special katanya. Pastu jenjalan sampai ke malam kat Jalan TAR, Jalan Masjid India. Singgah di HARISON. Terpikat plak tengok jubah lelaki kat kedai tu tapi sayang size kecik xde. Biasa la orang dah kurus kan. Hehehe. Sampai ke JAKEL cari. Anyhow jubah HARISON tu tetap dihati. 

Seriously penat bejalan tapi enjoy!! Otw balik singgah Tawakkal jumpe org sakit, si ain jubed. Lekat nama tu dari zaman student. Hahaha. Nama sebenar, ain zubaidah. Sedap nama tu kan. Diagnosis lain macam skit. Berborak la kitorg sampai lewat malam. Byk cter macam tu la. Jumpe la member2 yg mana keje malam tu. Rindu kat diorg. 

Sebelum balik, singgah Uptown danau kota, cari MAKAN! Yeay! Dua2 lapar. Makan2, jalan2 sikit baru balik. 
Okay cukup utk hari ahad saja.











Batuk batuk pun degil nak tutti frutti. Thanks syg belanja!! Yess i got it :)





Next day. Monday. Agak kelewatan bangun, dapat call je terus terbang masuk bilik air. Haa engko, tekejut mak. 

Pagi ni, kami pakai baju sama warna, sama pattern. Pendek kata, baju couple. Heee. Sweet kann. Tapi, bila tanya nak kemana. Ikut je syg. Rahsia aje. Sampai la jumpe signboard genting, kuantan. OKay, perjalan yg sangat jauh hari ni. Berani tak bagitau!! Borak2, menyanyi, snap gambar sikit along the way. Teman si dia drive, nanti ngantuk pulak. 



ensem kan? jgn bagitau si dia tau. Ngee :P 

Boleh topup touch n go rm10 je. Katanya 1 tol je. Bukan 1 tapi 3 4 tol. Nasib baik, exit Temerloh kejap. Topup rm50. Puas hati! hahaha. Finally sampai di Bukit Gambang Kuantan, Pahang! Tu diaa Pahang nuu. Jauhnyaa. Patot la rahsia sangat. Hehe. First time jejak kaki kat sana tau. So excited!! encik tunang boleh plak kata 'kte tatau jalan ni' Padahal dah sampai pun! Saje tau! 



Tadaaa!!! We are here! Thanks syg!! Sukanyaaaaaa :) Hari ni, what do you expect? Tak ramai orang. hehehe. Bebas nak main ape pun. Tak gaduh nak beratur, risau tube hilang ke. First thing sejukkan badan kat coco beach dulu. Next pegi main 6 slides tu. Maigoddd benda yang paling aku takot sekali. Hahaha. Luncur mcm superman tu. Haish. Mujo tak ramai orang. Cubaan pertama lambat sikit turun. Tapi uolls dia punya curam tu Tuhan je yang tau. Rasa macam nak tercampak je! hahaha!! Dua kali main okay.
 Yang lain tu macam biasa, naik gelongsor pusing2. Nak terbalik pun ada. Tapi memang bestlah!!! Sampai kat waterpark budak2, boleh pulak main hide and seek. Noty!! Last2, tube kene kebas. Nasib baik ada pekeje situ nampak. Selamba je amik, tak baik tau. Mintak izin dulu kalau nak. Sampai pukul 1.30, siap2 utk pulang. 

Ni survenier kitorg sebelum pulang. 








Lunch date dekat kedai area situ jugak before shoot to KL. This time, gilir2 drive. Mesti dia letih drive time datang tadi. Sampai KL je, hujan lebat!! Alhamdulillah dua hari berturut-turut hujan. Singgah rumah si dia dulu, rest2, jumpe si sarah comel! Tunggu mumy dia pulang kerja. Disebabkan tak bawak baju salin, mumy dia kasi pinjam baju. heee. Malu pulak kte. Hihihi. Malam tu pi pasar malam, balik makan then ke rumah nenek comel. Ni pun comel jugak. Hehe. Comel aje aku ni. Borak2 kejap je ngn nenek. Tak boleh lama2, dah lewat malam kann.

Pagi tadi, balik dengan si Fara. Berat hati nak balik tapi apakan daya kena jugak balik. 

Mekaseh sangat kekasih hati sudi mintak cuti untuk spend time ngn kte, bawak jumpe family awk, shopping, jumpe kawan2, jumpe nenek, pegi jalan jauh sampai ke gambang. Thanks for everything. Kte hepy, enjoy sangat. Alhamdulillah. Love you sayang!! :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)