--

--

Wednesday, 17 September 2014

Cuti-cuti September Part 2

Haiiii, okay let's continue for Part 2 :)

Seperti yang dirancang semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Alhamdulillah. Cuti 3 hari yang bermakna with my love and family.

Ahad 

Pepagi lagi dah bangun, mcm biasa siap2. Tak sabar nak fetch tunang kte ni!! Plan for today:

  • Ukur Baju
  • Pantai Merdeka
Si dia sampai pun dah tenghari, terus singgah makan. Tahan perut ni sebab nak makan sama2. Hihi. Pastu pi jumpa tailor, nak settlekan baju pengantin Lelaki. Quite surprising bila tengok warna kain tu dah jadi lain!! Haha. Mulanya terdiam jgk la tp takpe still boleh combine with any colors. Think positive!!

Next, shoot to Pantai Merdeka. Saje nak encik tunang try ABC tinggi dengan ice cream cone on top. Tu yang popular kat sana. Agak jauh la perjalanan, ikut pulak jalan dalam. Sekelilingnya sawah bendang yang luas. Cantik sangat. Kan sayang? heee. Boleh kot outdoor photoshoot kat sana??

Tinggi tak?? 
Time ni pun dah hujan lebat. Sementara tunggu hujan reda, makan2 dulu. Hujan2 ni perut cepat lapar. hihi. Gambar tak banyak amik kat phone. Just guna intax mini. :D

Isnin


Orait, hari ni Mak Abah pun ada so kita ke pulau jugak tp bukan pulau pinang. We called as Pulau Aman. Kat sini macam perkampungan nelayan. Ada rumah kampung utk penduduk, ada masjid, ada kedai2 makan, chalet and homestay, sekolah pun ada tau. Nampak je kecik tapi mcm2 ada.

Last datang sini, masa tingkatan 2. Banyak la perubahan yg berlaku. By this time, kita bwk orang kolumpo datang sini. Apa yg special kat Pulau Aman ni??? Of course Mee Udang!! Udang dia bukannye mcm kat pasar yg kecik2 tu. Udang semua fresh pastu besaq baq hang!!
Sepinggan Mee Udang murah je dlm Rm6.00. Kalo nak yg set besar, sepinggan Rm10.00. Udang dapat extra. Sape yg kaki seafood macam aku ni boleh la berkunjung ke sana.

Mcm mana nak pegi??
Kena cari Jeti Pulau Aman kat area Batu Kawan. Kalau tatau, boleh guna waze. Selalu bot start pukul 10 pagi bergantung pada paras air laut. Kalo air pasang lagi senang ada bot.
Bayaran sorang Rm6. (pergi-balik)
Dah macam promoter plak. Haha. Cerita je kot la uolss teringin nak pegi ke.



My mom :)
                 
                        Nindia mee udang depa
Cinta ;)
Disebabkan cinta hati ni allergic seafood, aku la tukang habiskan udang. Abah pulak gout, Abah pun tak makan udang. 7 ekoq udang jugak la aku bantai. Nasib baik mata tak jadi ikan buntal. Aku ni newly diagnose allergic to seafood tapi hentam jugak. hahaha. Tak boleh tahan oooo..





Okay dah kenyang tu, gerak balik ke daratan. Sempat beli belacan and keropok Pulau Aman.
Mak Abah nak balik sebab ada hal, so kami pi Penang pulak. Hehe. Dating berdua la tunggu lagi!! Haha



Kononnya nak cari Penang street Art. Memang dah jumpa pun tapi jalan jem nak mampuihh. Lepak kat Padang kota lama sje la. Cuti sekolah cmni la. Jem teruk sangat. Hari pun mcm nak hujan, mendung je. Sempat la snap pic 2 ,3 sambil makan eskrem. Hihi

Meet my captain :)
Scene kat gambar tu mmg original, bukan di edit. No 360, 180, 90, 30 ke ape. Love the clouds. Cantik kan???

Tutti frutti !!!
Petangnya, balik seberang perai. shoot pulak ke auto city juru semata mata nak cari Tutti Frutti. weee. Dapat jugak akhirnye :)
Sebelum tengok homestay singgah jap kat hospital, encik tunang ni nak jumpa member. Jejak kasih! hehe

Last sekali, jumpe Makngah, owner homestay. Dah lama booking tapi belum tengok dalaman rumah tu. Dari luar nampak luas, bersih dan terjaga. Masuk dalam rumah pun mmg superb bersih. Makngah ni hari2 datang bersihkan rumah tu. Homestay dia untuk orang Islam. Tu yang best dengar. Seriously kalo aku pun nak je stay kt rumah tu. Rumput carpet mmg cantik. Akuarium terjaga, takda lumut. Boleh bagi 5 star ni!! Hope, tak jadi mcm tahun lepas. in sha ALLAH.

Selasa

Aktiviti hari ni just tengok wayang, petangnya tanpa rela nak hantar si cinta hati balik KL. Ohh so sad!!! Cepatnya cuti habis. :(

Kalau dah kawin camni la gamaknya. Kena duk jauh kejap. Rindu 200%

**counting days for next month**












Monday, 8 September 2014

Cuti-cuti September Part 1

Assalamualaikum! Morning!!! Lama sgt dah tak update blog kannn. Kalau nak update pun cecita pendek je watpe ye tak. By this time, iolls baru je balik dari ... KOLUMPO !!! Npe asyik kL je?? Yela my cinta hati kan tinggal kat sana takkan nak cite pasal Korea plak kan? opss..

Entry utk bulan September ada 2 bahagian. Why? Find out later :D


Kejap je kan dah masuk September. Then October, November and December
3 bulan je lagi tinggal !! Ya ALLAH !! Mesti sesape yg nak kahwin dah mula rasa neves, anxiety, palpitation, tremors dan macam macam lah. Kan? Kan? Sama la kita! Of course rasa excited but at the same time rasa neves pun ada.
Ikotkan kalender counting days apps, masuk hari ni dah tinggal lagi 95 Days (ni utk tarikh wedd aku :D )  Tudia puluh puluh hari je lagi. Anda bagaimana? Ecehhh

Alkisahnya, tujuan aku pi kL utk settlekan barang hantaran. Bertukar tukar barang hantaran. Biasala PJJ kena camtu. Kalo uols yg dekat senang la bole beli barang sama2. Tapi lagi seronok bercinta jarak jauh nih. Rindu lain macam. Haa gitu.. 

Untuk 2 hari tu mmg jadual packed!!
Hari sabtu, gerak dari BM pukul 9.30pagi, sampai KL pukul 2.30ptg.
Terus shoot to Jalan TAR. Beli ape? Biarlah rahsia. Hehehe
Lepas shopping makan2. First time nih makan kan Fish Manhattan.
Pekene Fish n Chip for 2.



Then shoot pulak ke PWTC. Ada Matta Fair.
Tempat tu wajib jugak pi. Nak book holiday murah2 memang kt Matta Fair je.


Dah puas jalan, baliklah ke rumah family encik tunang ;)
Tapi tak tdo sana, dah janji ngn si Ain nak tumpang tdo umah diorg. Ngee~
**kena tdo awal esok nak bangun awal gilerrr baq hang!!**

Ahad
Pukul 5.40 pagi bangun. sesiap. Pukul 6 si dia datang ambik. Nak ke mana??
Ke Dataran Merdeka ke kita. We joining #FITMALAYSIA .
Pukul 7 dah start tau. Tapi weolls join Fun Run je utk 5KM.





Walaupun takda medal utk fun run, tapi we both dapat cert! Heeee. Thanks a lot utk cinta hati saya yg banyak giving moral support along 5km away to the end. Hahaha. Bape kali aku stop. Dia sabar je tunggu kita. Love you sangat tau!!




Kenalkan sape tu?? punyalah berebut nak bergambar dengan YB KJ ni. Menyelit aje laaa. Hahaha.

Okay lepas dah penat berlari, penat sungguh!! Balik berehat, mandi. Tenghari tu attend wedding member encik tunang. Baju mesti sedondon. hihi. Tema kuning warna di raja. Haaa curlass
Sebelum pegi stesen bas, jumpa Nenek comel kte :)
with love ;)

Papepun 2 hari bercuti ni memang sangat2 enjoy!! Walupun dapat rehat kejap je tapi macam2 benda achieved. Thanks to my fiance for have fun with me. Balik Penang dgn jiwa yg tenang. Takde nangis2 ni sebab minggu depan si dia pulak datang Penang!! Yeay! So nanti tunggu part 2 pulak ye? Thank you. Bubye :*

Followers

Listen and Feel it :)