Seperti yang dirancang semuanya berjalan lancar dengan izin Allah. Alhamdulillah. Cuti 3 hari yang bermakna with my love and family.
Ahad
Pepagi lagi dah bangun, mcm biasa siap2. Tak sabar nak fetch tunang kte ni!! Plan for today:
- Ukur Baju
- Pantai Merdeka
Next, shoot to Pantai Merdeka. Saje nak encik tunang try ABC tinggi dengan ice cream cone on top. Tu yang popular kat sana. Agak jauh la perjalanan, ikut pulak jalan dalam. Sekelilingnya sawah bendang yang luas. Cantik sangat. Kan sayang? heee. Boleh kot outdoor photoshoot kat sana??
Tinggi tak?? |
Isnin
Orait, hari ni Mak Abah pun ada so kita ke pulau jugak tp bukan pulau pinang. We called as Pulau Aman. Kat sini macam perkampungan nelayan. Ada rumah kampung utk penduduk, ada masjid, ada kedai2 makan, chalet and homestay, sekolah pun ada tau. Nampak je kecik tapi mcm2 ada.
Last datang sini, masa tingkatan 2. Banyak la perubahan yg berlaku. By this time, kita bwk orang kolumpo datang sini. Apa yg special kat Pulau Aman ni??? Of course Mee Udang!! Udang dia bukannye mcm kat pasar yg kecik2 tu. Udang semua fresh pastu besaq baq hang!!
Sepinggan Mee Udang murah je dlm Rm6.00. Kalo nak yg set besar, sepinggan Rm10.00. Udang dapat extra. Sape yg kaki seafood macam aku ni boleh la berkunjung ke sana.
Mcm mana nak pegi??
Kena cari Jeti Pulau Aman kat area Batu Kawan. Kalau tatau, boleh guna waze. Selalu bot start pukul 10 pagi bergantung pada paras air laut. Kalo air pasang lagi senang ada bot.
Bayaran sorang Rm6. (pergi-balik)
Dah macam promoter plak. Haha. Cerita je kot la uolss teringin nak pegi ke.

Okay dah kenyang tu, gerak balik ke daratan. Sempat beli belacan and keropok Pulau Aman.
Mak Abah nak balik sebab ada hal, so kami pi Penang pulak. Hehe. Dating berdua la tunggu lagi!! Haha
Kononnya nak cari Penang street Art. Memang dah jumpa pun tapi jalan jem nak mampuihh. Lepak kat Padang kota lama sje la. Cuti sekolah cmni la. Jem teruk sangat. Hari pun mcm nak hujan, mendung je. Sempat la snap pic 2 ,3 sambil makan eskrem. Hihi
Meet my captain :) |
Tutti frutti !!! |
Sebelum tengok homestay singgah jap kat hospital, encik tunang ni nak jumpa member. Jejak kasih! hehe
Last sekali, jumpe Makngah, owner homestay. Dah lama booking tapi belum tengok dalaman rumah tu. Dari luar nampak luas, bersih dan terjaga. Masuk dalam rumah pun mmg superb bersih. Makngah ni hari2 datang bersihkan rumah tu. Homestay dia untuk orang Islam. Tu yang best dengar. Seriously kalo aku pun nak je stay kt rumah tu. Rumput carpet mmg cantik. Akuarium terjaga, takda lumut. Boleh bagi 5 star ni!! Hope, tak jadi mcm tahun lepas. in sha ALLAH.
Selasa
Aktiviti hari ni just tengok wayang, petangnya tanpa rela nak hantar si cinta hati balik KL. Ohh so sad!!! Cepatnya cuti habis. :(
Kalau dah kawin camni la gamaknya. Kena duk jauh kejap. Rindu 200%
**counting days for next month**
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.