--

--

Wednesday, 31 December 2014

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum. Apa khabar semua?? Lama sangat kan blog ni menyepi. Biase la teman ni busy aje sepanjang bulan 12. Sekarang pun baru je sampai kt rumah.

Alhamdulillah segala yang dirancang sepanjang bulan 12 ni berjalan lancar dengan Izin NYA. Especially hari bahagia aku. Meh share gambo sikit.

Aku terima nikahnya....

Nindia duk habaq mai. So disini saya nak buat pengumuman sat na.

Pada tarikh 12.12.2014 bersamaan 19 Safar 1436 Hijrah pada pukul 6.15 petang dengan sekali lafaz, saya Nor Shahadah Bt Aznor bergelar isteri yang sah kepada Nabil B. Khairul Saleh.

Subhanallah perasaan masa tu hanya Allah saja yang tau. Seronok ada, sebak ada sampai nangis tapi control lagi. Hehe. Mana taknya bila Ayah sendiri yang nikahkan untuk anaknya. Tambah2 bila baca penyerahan hak ke atas suami. Allahuakbar, meleleh ayaq mata baq hang! Walau apa pun, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan mudah. Encik suami tak kena tanya banyak hanya di suruh istighfar dan mengucap dua kalimah Syahadah. :)

Majlis resepsi pihak perempuan.
Lokasi: Dewan Bandar Perda
Tema: Putih+Gold, Turquoise
Tarikh: 13.12.2014

Yang ni gambar outdoor. Tak boleh share banyak. Hehe. Kalau nak tengok banyak2 kena bukak album okayyyy...
Husband&Wife
Photographer sepupu sendiri, so dia pekena kami habeh2. Outdoor sampai 4 tempat. Letih tak terkata la bila dah balik. Hahaha.

Jom kita usha majlis resepsi pihak lelaki.
Lokasi: Rumah pengantin lelaki (alamat tengok kad... tu pun kalau dapat. Hehe)
Tema: Silver, Purple, Pink, Grey.
Tarikh: 20.12.2014

Nak dijadikan cerita time nak bersanding ni bunga tangan tinggal kat umah nenek. Hahaha. Memang pandai! Tahniah2. Haisss. Nasib la cover2 pegang tangan cik abang sambil jalan. Heee.

makan bersuap. Weee.

Syok sanding. Hehe
Nampak seronok kan? Memang seronok. tapi penat tu takyah cakap. Rasa la sendiri utk sesapa yang bakal berkahwin nanti. Last but not least.

Alhamdulillah segalanya telah selesai. Bukan nak bangga tapi ini serius memang syok bila dah kahwin. Cinta halal tu lagi indah sebenarnya. Bila rindu tu, rasa lain macam rindu. Nak sentuh pun takda masalah tapi kalo nak sembahyang tu jangan la gatai pi sentuh. Batal jugak wudhu' tu. Hihihi.

Semoga perkahwinan kami ni kekal sampai ke Syurga. Aminnnnn

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers

Listen and Feel it :)