--

--

Thursday, 8 January 2015

How Do I know my Husband :)


Assalamualaikum. Tetiba malam ni rasa macam nak cerita sikit kisah cinta aku dengan encik suami ni. Bukan nak riak ke, bangga ke, .. Just want to share.

Macam mana aku boleh kenal suami aku ni?

Perkenalan kami ni bermula di KPJ Seremban. Time ni, ingat lagi aku tengah posting untuk semester 2. Disebabkan belajar bab respiratory so kenalah attached kat Physio Department. Masa buat hospital tour kat physio dept ni, aku dah nampak 3 orang student physio lelaki. So, salah sorangnya ofcoz la si encik suami. Masuk je dept tu terus nampak dia, sebab husband yg paling tinggi antara 3 orang tu. Hehehe.

**dalam hati aku dah jadi macam tak berapa seronok sebab ada 3 org student lelaki ni** Jujur tak? haha. Bukan apa, aku ni pemalu orangnya. Ecececehhh..

Maka bermulalah attachment aku kat physio dept untuk seminggu. So dalam masa seminggu tu lah aku start berkawan dengan seorang lelaki bernama Nabil.
Ingatkan lepas posting dah lost contact, rupanya tidak. Jodoh kami still panjang, so keep in touch kat kolej. Selalu jugak la jumpa cik abang especially time rehat.

Dari berkawan, tukar jadi teman istimewa lepas tu bercinta.

First time suami aku start kerja kat KPJ TSH, aku pun dapat posting kat hospital yang sama. Time tu dah nak masuk final year. Alhamdulillah dapat rezeki posting situ. 2 bulan pulak tu. Memang heaven sungguh!! Boleh kata hari2 dating.

Masuk je final year, aku dapat posting jauh baq hang! Puteri Specialist kat JB weyh. Memang menangis aku dapat posting kat sana. Hari2 counting days. Sebagai pengubat rindu, memang selalu skype, mesej, calling2.
Dengar kan lagu tema blog ni?

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah 

Lagu ni sangat la touching sampai menusuk ke kalbu. Kalau tengah sedih ni, konfem2 boleh nangis. Lirik pun so deep. 

Macam2 kami lalui bersama untuk menjaga hubungan ni. Dari awal perkenalan pastu bertunang dan sekarang dengan izin ALLAH serta doa dari mak abah, kawan2 akhirnya pada 12 Disember 2014 kami telah disatukan sebagai suami isteri dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Sampai sekarang aku masih ingat, encik suami pernah cakap satu hari nanti dia nak datang Penang untuk masuk meminang. Alhamdulillah, bukan sekadar cakap kosong tapi encik suami dah buktikannya.

Terima kasih abang untuk segala-galanya. Sayang happy sangat ada seorang suami macam abang. Love you so much till my last breath.

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke syurga Allah. Aminnn

Followers

Listen and Feel it :)