--

--

Tuesday, 24 February 2015

Parents-to-be

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua..

Orait, macam lama je kan tak update blog ni. Maklumlah banyak sangat komitmen bila dah berumah tangga. Hehe.
Sebenarnya dah lama nak update blog tapi tunggu masa yang sesuai je.
In sha Allah malam ni malam yang sesuai untuk update.

So nak story sikit. Bukan nak angkuh ke, bongkak ke, takbur ke or sebagainya tapi hanya nak berkongsi sikit berita gembira kat blog khas untuk pembaca 'setia' blog kite ni. ecececehhh..

Bila dah kahwin mesti la kita nak capai sesuatu kan? semua suami isteri di luar sana mesti la nak ada zuriat sebagai pengikat kasih sayang dan cinta.

Alhamdulillah pada 12/1/2015 secara officially saya telah dikhabarkan mengandung 4 minggu!!! :)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. rasa macam nak nangis bila dapat tau. Senyum tu sampai ke telinga, bahagia tak terkata. Encik suami yang paling seronok nak jadi ayah.
Jujur, dalam hati ni risau sangat bila fikir pasal zuriat. Yela tak semua orang dapat rezeki Allah ni dalam waktu yang cepat. Ada yang tunggu berbulan-bulan, bertahun-tahun. Walau apa pun, rezeki datang dari ALLAH. Dia Maha Mengetahui akan setiap segala sesuatu.

Sebenarnya dapat detect pregnant ni time lepas keje malam. Beli UPT then pepagi buta sebelum pas report pegi la test. Tak sampai seminit tengok line tu nampak ada dua. Yang satu tu kabur tapi memang boleh nampak. Dah rasa seronok dah masa tu. Pagi tu jugak snap pic UPT, whatsapp si suami ni. Lepas cik abg dah tengok tak tdo dah dia. Hahaha. Kami sama2 macam xcaye je nampak double line.

Apa tanda2 yang aku rasa?
Okay, tanda2 yang aku rasa macam pelik sebelum dapat tau pregnant ni:

1) Kerap kencing. Asyik2 pi toilet. Air bukan minum banyak pun. Mana mai tatau!!

2) Breast tenderness. Rasa tegang macam nak datang period tu. Tapi ni lagi sakit oiii.

3) Senggugut. Rasa macam nak datang period tapi bukan.

4) Kuat makan. Hahaha. Yang ni takyah cakap lah. Sign ni aku rasa macam sama je dari dulu.

5) Pening kepala. Yang ni pun macam biasa2 je. Sebab kekadang pernah je pening2.

6) Cepat mengantuk. Memang tak boleh dibendung mengantuk ni. Teruk sgt dah.

7) Result UPT. Double line (samar-samar)

Member aku yang dah ada 2 3 org anak kata kalo UPT tu line blurr pun mmg dah konfem positive pregnant sebabnya, UPT tu kalo negative dia takkan nampak langsung double line. :)

Apepun, Alhamdulillah usia kandungan sekarang ni dah masuk 10 minggu. Tinggal bpe minggu je lagi untuk habiskan 1st trimester.

Semua orang tanya takde morning sickness ke? Morning sickness ni tak semua org ada. Lain orang, lain ragamnya. Alhamdulillah, aku pernah muntah sekali. Pastu dah ok. Makan semua pun ok. Cuma tak boleh makan banyak. Makan sikit2 tapi kerap.

Untuk yang 3rd time scan baby haritu, dah dapat dengar baby's heart beat. Ya ALLAH, seronok sangat!!! Comel je. Hehehe.

Terima kasih ALLAH untuk pemberian yang sangat bermakna ini. Syukur...

Followers

Listen and Feel it :)