--

--

Tuesday, 2 June 2015

Kuala Terengganu dan Cherating, Pahang.

Assalamualaikum selamat petang semua. Sihat ke? Mak buyong ni baru je balik dari babymoon. Bukan selalu pun dapat bercuti kannn. Hehe. Alhamdulillah segala yang dirancang bersama suami berjalan dengan lancar. Sebulan lebih jugak planning semua ni, siap booked hotel, request cuti. Tq my unit manager approved my request ;)

KHAMIS, 28 MAY 2015

Our destination
  • Kuala Terengganu
  • Cherating, Pahang. 
2 Destinasi tau!! Alang-alang dah cuti 4 hari kan kena la jalan sakan. Dapat tau je cuti approved, balik keje tu terus bukak luggage gedabak tu. Excited nak mengemas!! Haha. Siap list up barang yang nak bawa. Yelah cuti lame nanti kang ada yg tak cukup. 

Cuti bermula hari Khamis lalu. Bertolak awal pagi. Dalam pukul 7.30. Malam sebelum nak berangkat tu, isi minyak full tank, top up touch n go, check angin tayar. 

Sepanjang perjalanan lebih kurang 4 jam dari KL, saya selaku Co-Pilot perlu memastikan Pilot saya berada dalam keadaan yang selesa dan tidak mengantuk. Hihihi. Lebuhraya Pantai Timur tu memang sangat bosan kalo drive sorang. Kiri kanan pokok, hutan, bukit. Compare dengan lebuhraya Utara Selatan mcm happening la sikit. Lagi pulak time tu kereta tak banyak. Tapi disebabkan excited nak sampai ke Kuala Terengganu, tak la rasa sangat bosan tu. 

Dari pukul 7.30pagi, sampai di Kuala Terengganu dalam pukul 11 lebih. Time dah nak tengahari, perut lapar gle. Kepala otak pikir nasi je. Mana nak cari kedai yg jual nasi ni?? Tempat orang pulak tu. Jalan punya jalan, jumpe Pantai Teluk Ketapang. Kat sana ada la beberapa kedai, tapi 2 3 kedai je yang bukak tengahari rembang cmni. Singgah semua kedai tny ada nasi berlauk tak or nasi goreng. Mokcik mokcik tu tak jual makanan tu. Yang ada cuma kepok lekor dengan ICT. Huwaaaa sedihnyaaa. Tekak ni mintak nasi. Kalau ada pun nasi dagang. Ermmmm

Perjalanan diteruskan. Kelaparan tak boleh dibendung. Encik suami cakap, kalau jumpe KFC ke Mekdi ke hentam makan je laaa. Hahaha. Punya payah nak cari. Mana ada org nak makan kepok lekor tetengahari rembang ni yop.. At last jumpe!! Tu pun si suami dah nak terlajak, nasib baik sempat brek. Sesampai je kat kedai tu, beratur lauk bak hang. Aku tak nampak bende lain selain SOTONG!! SOTONG besaq gle. Puas hati makan!! Terima kasih la akak sebab jual lauk pauk. Kenyang Alhamdulillah...



Jangan ditanya apa perasaan time ni. Haha
Ni muka lega dapat jumpe nasi dengan lauk. Muka mak buyong takyah tengok la nanti terkejut. Hahahaha. Dapat makan je, baby dalam perut pun kicking. Suka la tu.



Perjalanan diteruskan sampai jumpe....


Pintu gerbang ke Masjid Kristal

Kat sini ada pusat tamadun Islam. Ada beberapa jenis masjid di tanah Arab. Contohnya Masjid Al-Aqsa, Masjidil Haram (Mekah) dan macam2. Tapi bukan untuk bersolat, just for tatapan umum untuk yang belum pernah tengok masjid2 ni. Cantik sangat!! Alang-alang dah masuk waktu Dzuhur, solat jamak je kat masjid Kristal. Tak besar pun masjid Kristal ni tapi memang cantik. Solat jumaat pun tak buat kat Masjid Kristal sebab tak ada penduduk tetap. Hanya solat 5 waktu je yang boleh. 


Di perkarangan masjid Kristal

Kat area Masjid Kristal ni ada perkhidmatan River Cruise. Dia bawak pusing sungai ni, dapat tengok perkampungan nelayan, jambatan Sultan Mahmud, hotel2, dan macam-macam. Harga pun berbaloi RM 21.40 untuk dewasa. Kanak2 tak ingat plak berapa. Hehe. 




\



Panas tu sampai kena berpayung. Tu pun berpeluh lagi.


Next destination, pergi hotel!! Nak resting2. 

Hotel pilihan kami : FELDA RESIDENCE.

Boleh pilih nak view yang mana. So dah selalu sangat tengok bandar, we choose river view. Harga pun not bad. Breakfast included. Hotel pun selesa. Just at that time air conditioner is under maintenance, so agak panas sikit time siang hari. Overall, memuaskan. 

Pukul 5 pun still lagi panas. So stay jap. Tapi disebabkan dua2 perut lapar, kuar jugak cari makan. Dekat dengan hotel tu, boleh pegi China town, Pasar Payang and Pantai Batu Burok. Takkan sesat sebab signboard boleh guide. Tak perlu berWaze ni, rugi. Hahaha. Kami lepak kat Pantai Batu Burok, banyak kedai makan. 


Bila lapar, memang tak tengok benda lain dah

Mulanya encik suami nak tunggu semua makanan sampai tapi kalah juga sebab dah lapar sangat. hehe

Nindia duk habaq mai. Sotong goreng tepung pujaan hatiku!!!

Pantai Batu Burok

Love you ;)

Sebelum balik hotel beli jagung bakar untuk malam nanti. huhu. 

JUMAAT, 29 MAY 2015 

Breakfast di hotel, pastu checkout awal. Singgah ke pasar payang. Time to Shopping!!!


Bergambar sebelum tinggalkan hotel

Felda Residence

Lepas bershopping. Belakang tu Pasar Payang
  
Seterusnya, singgah di Masjid Terapung. 


Masjid terapung

Belanja sikit
Dah puas berjalan kat kuala terengganu, its time for us to go for next destination. Kali ni, tak ikot highway. Encik suami drive ikot jalan pantai. Sepanjang perjalanan tu memang sangat best sebab sepanjang jalan tu boleh nampak pantai. Cantik ciptaan ALLAH. 


berhenti sat amik gambaq. hihi

Tak boleh lama kat sini sebab terlalu panas

Sebelum sampai Cherating, singgah di Kemaman pekena satar. Makanan wajib kat sini. Murah dan sangat sedap. 10 biji RM5. Tapi sekali makan 10 biji memang tak cukup. Hahaha


Nindia satar yg disebut2 tu.
Kedai : Warung Aziz Satar, Masjid Geliga Kemaman.

Kedai Aziz Satar. Bukan pelakon tu tapi mmg nama kedai cmtu. Singgah la ye

Rupanya dari kedai ni nak ke Cherating tak la jauh sangat. Kentut pun boleh dengar. Hehe.

Perut dah kenyang, badan pun dah penat. Moh ler kite check in hotel. 

Hotel: Suria Cherating Beach Resort
3 hari 2 malam.
Bilik: Terrace deluxe sea view (kalo tak silap)

Overall hotel service is ok. Senang takyah turun naik tangga sbab tu pilih ground floor. Bukak sliding door boleh jalan terus ke kolam and pantai. Cumanya pantai tu ombak kuat sikit, agak bahaya untuk kanak2 or orang yg tak reti berenang macam aku ni. Silap2 tenggelam kang. 

SABTU, 30 MAY 2015

Esoknya jalan-jalan sekitar Cherating. Then we olls jumpe ni.



Kalau sesape yang nak bercuti di Cherating, cari la hotel or chalet budget kat sini. Antaranya, Eastana resort, Ranting Inn, Kampung Inn dan banyak lagi. Especially untuk yg aim nak mandi laut. Sebab laut kat sini sangat landai. Pegi jauh2 pun baru paras lutut. Ombak pun soft je. Air jernih!! Macam dalam gambar bawah ni


Tengah geram nak mandi laut. Ngee~



Sebelum balik ke hotel, berhenti jap kat Penyu Sanctuary. Kat sini tempat ternakan anak-anak penyu dari dalam telur sampai dah menetas. Cukup masanya, akan dilepaskan ke laut. Kalau nak search Penyu Sanctuary, ia bersebelahan dengan Club med resort. Hotel orang kaya. Sebelah tu je. 



Bapak penyu. Besar gle


Anak-anak penyu yang comel :)

Nak dijadikan cerita, akak yang jaga pusat ni offer kami untuk aktiviti melepaskan penyu ke laut. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Bukannya hari-hari diorg lepaskan penyu. Hari tu kira bernasib baik and its limited!! Akak tu suruh datang pukul 6.30 petang. 

Lepas mandi laut petang tu, pukul 6.30 terus pegi sana. So ini hasilnya

Sepuluh ekor anak penyu. Semua dah tak sabar nak berenang.
First time ni nak pegang penyu. Yang anak penyu semua dah tak sabar nak berenang ke laut. Aku yang takot. Hahaha. Tapi beranikan diri juga. Mulanya rasa geli juga la bila jari kena kepak dia tu. Lembut tapi agresif!! 


Encik suami excited dapat pegang penyu. Hehehe

Pengalaman yang sangat best. Rasa macam tak cukup 10 ekor tu. Haha. Mudah-mudahan semua penyu tu selamat membesar.


AHAD, 31 MAY 2015

Pepagi lagi dah check out. Bubye Cherating. See you again.






Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali. Terima kasih yang tak terhingga buat suami tercinta untuk percutian yang sangat ohsem!! Spend time 4 hari 3 malam only for both of us. Oppss tambah sorang lagi yang dalam perut ni. hehe. Perancangan selama sebulan untuk bercuti.Takde sape pun kacau. We had so much fun here. Rasa macam nak datang lagi tempat ni. I love Cherating and KT!!!



Sekian.





Followers

Listen and Feel it :)