--

--

Sunday, 20 September 2015

Lahirnya Puteriku ke Dunia

Assalamualaikum. Rasa macam lama gila tak update blog kan? Biasa la banyak sangat komitmen. Sibuk keje lagi. Pejam celik dah masuk bulan September.

Alhamdulillah sekarang ni saya dah bergelar ibu. Saya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 3/9/2015 jam 4.55 petang. So saya nak kongsi sikit kronologi dari sebelum bersalin.

Saya kena warded pada 2/9/2015. Time tu saya baru habes shift pagi. Pagi tu keje, subhanallah busy gila dengan 7 new admission, 1 transfer in case, kes operation lagi. Hmmm yang kejenye 3 orang nurse je termasuklah mak buyung yang sorang ni dah sarat mengandung. Member lain pun busy jgk dgn keje masing2, so tak boleh la nak harapkan diorg je.

At the end of the shift sebelum pass over report, saya ikut sorang doktor ni then dia perasan macam tak kena dgn saya ni. Siap tny lagi "You okay tak? Macam tak larat je. Duduk laa.."

Masa tu saya dah start sakit di bahagian pinggang, di groin (celah peha) melarat ke peha, Ya Allah sakitnya tu Allah saja yg tau. Berdiri sakit, duduk pun sakit. Nak kata contraction, saya pun tak pasti sebab tak pernah ada pengalaman lagi. Rasa macam nak menangis!! At last saya mintak tolong kawan saya pass over report, saya dah tak boleh duduk diam.

Ikutkan hati nak je balik rumah terus then baring. Tu je caranya nak hilangkan sakit. Untuk kepastian, saya call Maple (Labour room), tanya dengan midwife. Diorg suruh saya datang buat CTG. Midwife tengok je CTG tu, dia cakap memang ada contraction mild to moderate. Kebetulan pulak Dr. Siti ada kes, then dia datang check OS. Dah bukak 3cm, terus kene tahan ward. Perasaan masa tu, terkejut gila. Yela EDD lagi 3 minggu, tapi dah masuk 37minggu baby nak keluar dah. Dr expect keesokan harinya bersalin.

Saya terus call Husband, bgtau dia saya kena warded sbb jalan dah buka. Husband pun terkejut jgk. Nasib baik keje 1 hospital. Beg utk keperluan bersalin n buku pink memang dah standby dalam kete.

Malam tu saya tidur tak lena sebab fikir apa yg akan terjadi keesokan harinya. Rasa takut, berdebar-debar tak tau nak cakap macam mana. Malam tu buat lagi CTG, FHR (fetal heart rate) tetiba tachy (laju), nurse suruh saya relax. Tapi tak lama lepas tu, back to normal reading. Mungkin baby pun nervous nak keluar esok. Hehehe.

3/9/2015

Pukul 6 pagi, lepas saya siap mandi semua, nurse suruh masuk Labour room dah. Time tu saya dah kena puasa. Pukul 7pagi, nurse kasi fleet enema untuk clearkan usus saya, then pakaikan CTG. Pukul 9pagi Dr Siti datang check jalan, still lagi 3cm. Dr suruh nurse start IV pitocin 4 unit dalam 1 pint (botol drip). Dr pulak masukkan CBD (tube kencing).  Contraction dah start tapi saya tak rasa sakit. Pukul 10 Dr datang lagi, jalan bukak 4cm, then Dr pecahkan air ketuban. Lepas je dari tu, saya dah start rasa sakit, gradually. Baru saya tau time tu macam mana sebenarnya sakit contraction. Memang sama macam senggugut at the same time rasa macam nak meneran.

Makin lama makin sakit, saya mintak injection tapi tak berkesan. At last, saya guna je gas etonox (laughing gas) sampai la saya bersalin. Nak mintak epidural dah terlambat sebab jalan dah buka 5cm. Bayangkan sakit contraction tu sampai nak pusingkan badan pun susah. Encik suami memang tak kemana, saya memang pegang je tangan dia. Support dari suami sangat diperlukan!!

Dalam pukul 3 lebih, saya dah start meneran. Jalan dah buka 10cm tapi kepala bayi baru turun 5cm. Dr cakap memang kene push kuat. Sepatutnya jalan dah 10cm, kepala bayi akan turun 8cm. Time tu memang bertarung nyawa sampaikan saya dah nak surrender. Bila saya push, bayi turun tapi bila saya relax bayi kedalam balik. Dr dah suspect something, FHR still lagi normal.

Saya cuba, cuba dan cuba. Memang masa tu saya dah tak kisah orang nak kata apa. Menjerit 1 labour ward tu, even Dr cakap jangan jerit. Saya dah tak larat nak push. At last, bila nampak kepala baby, Dr terus buat episiotomy then tarik keluar kepala baby. Rupanya tali pusat dah berbelit kat bahu sebab tu bila saya tak push, baby tu masuk balik. Ya Allah, memang separuh nyawa rasa masa tu. Semua nurse dan termasuklah husband saya buat Fundal pressure sebab nak tolong saya push baby tu.

Akhirnya tepat jam 4.55petang, keluarlah seorang hamba Allah yang comel, bernama Annur Fatehah Binti Nabil. Lepas je baby keluar, hilang segala kesakitan tadi. Alhamdulillah syukur sangat pada ALLAH.

Thanks untuk suami yang sentiasa bagi support dari awal bersalin sampai habis tenaganya. Untuk Dr Siti dan midwife yang membantu tanpa jemu.


sehari sebelum bersalin
get ready
my little princess :)

hai ayahhh :D

Tokwan, Tok dan acu irah



Followers

Listen and Feel it :)